Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Saturday, April 06, 2013

tv oh tv

seperti sedia maklum,
sy sangatlah jarang nak tengok tv sekarang ni.

kalau kat rumah shah alam, tv tu selalu terpasang either cerita korea atau bola sepak time waktu puncak.
rumah in laws kat banting pulak selalu terpasang movie channels.
jadi apalah kederatku untuk berebut channel astro dengan mereka. kihkih

tapi kadang-kadang sempat jugak curik masa nak tengok rancangan favourite..
kalau tengok tv biasa (yang bukan astro) tak ada masalah la, sebab kedua-dua rumah ada lebih daripada satu tv. so kalau orang lain tengok astro, ai boleh tengok tv biasa.

sebab seterusnya jarang tengok tv adalah sebab tak ada cerita yang best.

but baru-baru ni ada cerita baru.
macam di bawah :



haa. rasanya ramai yang menonton premiere siri 'cinta jangan pergi' hari ni kan! :D

cerita dengan scenic view.. luar negara katakan. eropah katakan. hihih
tapi tak tau nak cakap best ke tak sebab baru tengok 2 episod hari ni. so far ok je.

'cinta jangan pergi' tells viewers pasal dua watak utama, lea soraya dan kalil yang jumpa dalam train masa nak pergi paris. lepas tu jadi couple. lepas tu ai tak tau apa jadi sebab nak kena tunggu next week pulak. haha. dahlah cerita seminggu sekali kan. lamanya nak tunggu. hehe




next!

cerita 'sebenarnya saya isteri dia!' yang diambil daripada cerita novel.

yoshh tiz zaqyah lagi hehe. watak utama; syaf dan firash. sy tak perasan pun yang hero dia ni adalah izzue islam! sebab tak ada misai janggut dia tu HAHA. selama ni dia bermisai dengan janggut tu walawei semaknya misaiii kakaka. pastu dalam cerita ni muka clean, nampak lebih muda dan handsome. episod 2 baru sy terperasan lepas tengok nama pelakon! *boleh tak wani?! ish ish*

ceritanya mengisahkan dua olang ini yang kena berkahwin tanpa dirancang sebab diperangkap pada awalnya. asalnya syaf ni tunang abang firash.. tapi last-last diorang berdua pulak yang kena kahwin. so nanti kita tengoklah macam mana cerita ni, best ke tak. baru 2 episod jugak ni.




dan sy bukanlah berdrama semata-mata.. favourite channel sy kan AFC (salah satunya).

so baru-baru ni sy suka tengok river cottage.
bersama chef hugh fearnly-whittingstall *ya Allah nama, panjangnya!*

chef ni adalah pejuang makanan organik..
so boleh kata semua benda dimasak menggunakan bahan-bahan daripada ladang yang ditanam / diternak sendiri.
kadang dia akan masak dua makanan yang sama; satu organik dan satu bukan organik.. lepas tu buat ujian rasa. mana satu rasa lagi best. of course la yang organik kan. cumanya korang kalau nak jadi pencinta makanan organik macam chef ni, kena rajin tanam sendiri. biasanya nak beli kat supermarket adalah mahal. (orang kaya apa ada hal. haha)


besides that sy suka menonton 'chopped'.
tapi sy tak aware program ni pukul berapa dan hari apa..
sebab sy jarang dapat peluang nak tengok astro kan.
so kalau kebetulan bukak astro ada 'chopped', dapat la tengok. haha

ok habis dah pasal tv.
hopefully lain masa sy dapat peluang untuk tengok tv lagi kan.
toodles!

0 comments: