sekarang ni bila baca few blogs,
sy terserempak dengan topik haters.
iaitu ada golongan yang membenci/menyampah pada particular blogger(s).
haters ni tak kenal pun blogger(s) tu, just baca entries boleh jadi benci benci. kan. cute sangat ko nak benci benci orang tak kenal. rofl. (ataupun kenal, dan benci. hm boleh jadi) *wani sedang mengkaji*
based on my own theory, antara sebab-sebab yang memungkinkan haters ni tertarik untuk membenci blogger(s) tersebut adalah :
1. blogger tu terlalu famous, ramai readers. (sy yakin dan pasti sebab sy tak de ciri-ciri no. 1 ni, tak pernah merasa ada haters kahkah. woih nauzubillah). teorinya, bila famous, memang ada je yang tetiba muncul rasa jealous, envious, tak puas hati dsb. sebab musabab adalah bisikan evillll bahaha. kidding. sebab musabab ai xtau.
2. blogger tu jual barang, untung banyak, ramai pelanggan. biasa la dunia bisnes, ada yang tak puas hati kalau orang len lebih daripada mereka. selain daripada cara positif iaitu bersaing secara sihat, ada juga yang guna cara negatif seperti menabur fitnah produk blogger ni tak bagus dsb. si penabur ni la yang jadi haters tu.
3. blogger brags too much about him/herself. memang. memang blog ni medium si blog owner nak express apa je pun yang dia rasa. tapi dia lupa yang blognya dibaca oleh orang lain jugak. orang lain yang mungkin jenis menyampah bila baca pasal bragging. bragging ni macam mana? oh, contohnya puji diri sendiri melebih-lebih, eksyen eksyen beli benda mewah etc. may be blogger ni tak de niat pun nak brag, may be dia memang camtu sejak azali. cumanya other people read. and they judge.
4. sikap blogger yang ditonjolkan di blog. pembaca blog boleh jadi haters sebab tak berkenan dengan sikap blogger tu. even if the readers tak kenal pun blogger ni, hanya kenal melalui penulisan blog di alam maya.. but still, contohnya kalau blogger membuat entries berunsur gedik gedik, juga akan dikecam hebat. tangkap gambar over acting, kena kutuk jugak. mengada-ngada terlalu dependant / anak manja, pun dikutuk. ala manusia susah nak jumpa yang love about everything. mesti akan ada yang berperasaan hatred macam ni. mesti ada punya.
5. blogger tu dapat pasangan yang hot. haha. ni kes jealous. kemungkinan jugak reader/hater ni menyimpan perasaan pada boyfriend/girlfriend si blogger. blogger pulak selalu laa post entries pasal boyfriend/girlfriend dia (entry entry yang sweet pulak tu), menyebabkan si hater semakin menyampah. tu salah satu sebab. jealousy.
dah.
sebenarnya ye banyak lagi sebab musabab. tapi tak habis kaji lagi. (haha)
kalau korang rasa ada sebab-sebab tambahan kenapa wujudnya haters ni, silakan berkongsi.
ye, hatred adalah perasaan negatif.
tak patut ada but terimalah kenyataan, ia memang ada.
may be komuniti alam maya kita ni tak ready lagi untuk jadi komuniti minda kelas satu.
bak kata my boss, konsep rumah tak de pagar kat putrajaya ni dah bagus, cumanya masyarakat je yang belum bersedia untuk berada dalam konsep rumah tak de pagar. sebab kecurian2 basikal berlaku di kejiranan tak berpagar ni. lolx
ok tak de la kaitan dengan haters but you get what i mean. pasal minda dan mentaliti :P
nak ubah orang ni susah, maka mari sama-sama muhasabah dan ubah diri kita dulu.
till then.
nytes! :)
3 comments:
haters... heheheh.
sebabkan ada blog je kita nampak haters kerana meninggalkan tulisan kebencian mereka. nak ikutkan realiti, ramai je, tapi kita boleh ignore je.
Jadilah diri sendiri seadanya mengikut syariatNya... manusia memang begitu... heheheh
saya ni silent reader. suka baca entry2 wani sbb perangai macam lebih kurang sama. hehehe
susah nak puaskan hati semua org. better be ourselves. tapi apa point yg wani bagi tu semua betul. cuma diorg ni semua jenis xleh org lebih dari die. sbb tu asyik dengki n x puas hati je. kan bagus jadi neutral. kalau x suka, xyah baca. senang kan?
or memang hobi diorg kot? ;P
raja^ tu kalau artis lagi la kan.. siap ada kelab haters lg.. haha
mrs al^ celet la kalau sm! haha. tu la pasal. mungkin life diorg xberapa nak menarik, jd kena buat drama sikit baru diorg puas hati.
Post a Comment