Wednesday, April 10, 2013

true food (comfort)


something to see : tomyam dalam gelas minum. AHAHA *dah siapa suruh tak sediakan mangkuk!* :P
 yosh itulah kerjanya.
kalau malas nak turun ke kafe di blok sebelah yang berbatu jauhnya *bahaha*
dan kebetulan ada lauk meeting, maka kita tumpang sekaki makan lauk meeting (walaupun itu meeting orang lain :P) kitorang saling makan la. you buat meeting, ai makan. ai buat meeting, you makan. kita sama-sama makan. begitu. hihi

one thing sy tak suka kat putrajaya ni (boleh pulak tak suka kan, padahal kerja sini)
adalah kemudahcapaian (accessibility) terhadap makanan.
katalah ko cari pisang goreng yang standard tepi jalan yang best tu,
mana nak cari kat putrajaya. (foodcourt je kot??)
diorang sampai ke bangi ok cari pisang goreng, cucur goreng, sate ikan.

kalau nak beli barang basah,
ada la pasarnya. tapi bukan kat belakang rumah ko betul-betul.
ataupun kena ke alamanda beli kat cold storage. mydin kat presint diplomatik. ataupun tunggu pasar selesa/jumaat yang super ramai orang.

balik kerja. tetiba lapar.
tak ada ok gerai jual apa-apa on the way tu.
yang ada jalan dengan bangunan saja.
contohnya semalam.
before balik kerja, husband ada call cakap lapar kan.
so drive dari ofis sy nak ke ofis husband tu.. terfikir mana nak cari makanan untuk beliau ni.. buat alas perut. nak sampai ke rumah in laws maunya setengah jam.
so nasib baik ada pasar selasa.
tapi tak singgah pun sebab tengok parking tepi jalan penuh.
nak parking jauh-jauh macam tak berbaloi kalau nak beli 1 item je buat alas perut.
last-last keluar dari putrajaya menuju ke dengkil tu baru ada gerai sate tepi jalan jual sate 40sen secucuk.
keluar kawasan baru ada true food, decent food. kakaka

maksudnya kalau korang mencari gerai true food tepi jalan putrajaya yang jual apam balik ke, buah jambu asam ke, or air kelapa, cempedak goreng.. jangan diharap.
sebab putrajaya bandar terancang.
nak jumpa kucing seekor kat tepi jalan tu pun susah :DD
jadi bila berada di shah alam ke, banting, yang ada accessibility to true food ni, sy sangat la bersyukur.
harga pun murah sikit daripada harga makanan putrajaya.
lagi kat kawasan pelancongan (yoshh putrajaya menghidangkan bangunan-bangunan lawa yang menarik pelancong saban hari! you should see my office.. tiap-tiap pagi pergi office mesti nampak pelancong tengah tangkap gambar kat depan pagar. lolx), kawasan pelancongan lagi up harga makanan dia. (sama macam kat KTcity. hihi)

makanya to live in putrajaya sebab berdekatan dengan tempat kerja adalah OK.
tapi katalah esok pencen kan, baiklah beli rumah kat luar putrajaya yang accessibility to true foodnya lebih mengancam.
tapi mana tau esok-esok ada gerai-gerai tersebut di sini.. kita tak tahu kan future.
ohok.
akhir kata, sila makan dengan gembira :DD

1 comment:

Anonymous said...

hanya peniaga berlesen (kononnya) dibenarkan di Putrajaya... hahahah