Sunday, April 07, 2013

cuci rumah

hari ni kami pergi cuci rumah baru.
angkut satu family sekali.. haha
dah, diorang nak tengok rumah katanya. jadi marilah kita memeriahkan majlis.

nasib baik rumah tak besar mana,
bolehlah bersihkan dengan kudrat yang ada ni.
ai sapu debu, husband dengan faliq mop lantai, my mom tolong lap tingkap.

then bawak sikit barang macam bakul sampah, ampai laundry, periuk belanga hadiah kahwin, etc.
tapi rumah kosong lagi.
tak de perabot tak de apa.
hari ni masih pergi survey harga barang elektrik dan perabot.

balik rumah tu,
si keju the cat berak atas lapik kaki depan pintu.
great.
nampak dia kuis-kuis.
kononnya nak tutup berak ceret dia tu. lolx
stress betul, dah la penat keluar seharian,
baru menuang cendol nak makan,
alih-alih kena bersihkan lapik kaki tu baru dapat makan cendol. AHAHA
terus bawak keju duduk luar rumah.
sekarang ni sejak jadi dewasa ni keju suka laaa kencing berak merata.
paling obvious kencing senyap-senyap la.
tau-tau je dah ada bau. misteri betul.
kesimpulannya kucing betina lebih disiplin.
kucing jantan takkan lari daripada kencing sana sini menanda kawasan T_T

esok dah isnin.
sambung kerja la kita. uhuk.
bai.

2 comments:

linda said...

Keju dh di-spay kan ke? Kalo xspay mmg dia akn spray... kt putrajaya hati2 kalo jiran komplen psl kucing byk merayau nnt pihak berkuasa tangkap...

wani ezryl * said...

keju x dispay lagi.. keju duduk kat rumah parents kat shah alam. kat putrajaya mmg jarang nampak kucing kan. last time jumpa kat parking ofis. haha