sebab berlaku pada hari khamis lepas.
2-3 hari ni memang busy, jadi tak sempat nak update blog sangat.
sebenarnya khamis lepas, iaitu pada 18 april 2013 adalah hari SALE untuk members AEON kat jusco AEON bukit raja, klang.
ye, kat situ je.
tempat lain tak de.
dan ye, diorang buat sehari je, pada hari bekerja.
kejiness kott. penat berlari-lari balik ofis dengan tak mandinya sebab nak pergi membeli-belah barang murah (dengan harapan). hahaha
lepas tu sampai-sampai sana...
hambik kau! kereta sangat banyak dan parking sangat penuh.
walhal nak dekat maghrib dah time tu.
kitorang shopping pun bersambung.
beli barang, pastu gi surau, pastu sambung beli barang balik.
tapi bila sampai-sampai tu kan,
turun escalator, nampak pemandangan super ramai manusia tengah beratur kat luar. bukan dalam AEON ni. kat luar AEON.
ada 2 sides yang beratur. yang satu is this one, yang sy snap ni. ada lagi satu barisan panjang kat hujung sana. |
sebenarnya diorang ni beratur sebab nak redeem baucer.
setiap pembelian RM100 (boleh campur resit), akan dapat baucer RM10 dan boleh redeem bila-bila, tak de tarikh luput.
punyalah ramai tu.
kitorang (husband and i) pun masuk AEON.
niatnya nak cari barang macam rak sidai pinggan, barang DP*A (ye husband sy akan ke DP*A. yang tu nanti kita cerita di lain entry), barang baby kalau ada yang murah.
gamat ok. gamat.
sebab ada happy hour kat beberapa seksyen di dalam AEON.
happy hour ni macam.. dalam tempoh masa sekian-sekian, diorang buat promosi.
contohnya beli comforter 1 percuma satu dengan harga RM100 sahaja.
tapi dengan syarat kena beli dalam tempoh happy hour tu je la.
mungkin dalam setengah jam kot.
lepas habis tempoh, tawaran supermurah ditutup.
but still, barang adalah masih murah.
ni contoh happy hour. dengan pakai pembesar suara, kad tanda bagai. macam kat pasar. memang meriah la. |
ni pulak kat bahagian luar, yang jual bantal, cadar, comforter.. traffic jam sini hoih. |
tu belum tengok bahagian barang baby / budak kecik.
super ramai parents beli baju and macam-macam lagi untuk anak-anak diorang.
dah namanya area budak kecik kan, dengan strollers, bunyi budak bising and everything. memang sesak. hahaha
husband dengan raut wajah kepenatan bershopping. nampak tu masih berbaju batik. kitorang balik kerja terus pergi sini ok! :P |
bayangkan selama-lama ni (bukan kat AEON sahaja)
kitorang kena shopping untuk 3 benda;
barang baby/keperluan bersalin, rumah baru dan persiapan husband nak ke DP*A.
bayangkanlahhhhhhh. *pengsan tergolek*
tiga benda penting. yang setiap satunya memerlukan ongkos yang banyak.
tu belum cerita lagi bulan 5 ni ada kenduri kahwin adik-beradik husband.
doakan kami berjaya! hiyahh!!
ok lepas habis shopping tu sy pergi redeem baucer, sementara husband ke farmasi terdekat. |
lepas tu balik rumah, penat penat. dalam pukul 10+.
nasib baik ada makanan kat rumah ok.
my mom dah siap masak ikan masak lemak dengan sayur.
kitorang time tu belum makan lagi. lepas mandi solat semua, terus ngap. haha
alhamdulillah.
thanks, ma sebab masak! :)
nah ni gambar nasi kukus ayam repah sedap kat presint 15 yang sy makan semasa lunch hour semalam (jumaat). |
lepas makan nasi kukus, pergi balun ais krim pulak. HAHAHA hartamas. |
sekian.
sakit kaki ai jalan sini sana.
:P
3 comments:
bukan main ye kau... merayap demi sales! berusaha! hehehe
sales pun sbb nk beli brg rumah & brg baby. penat woih. berkorban ni. hehe
gigihnye kooo.. kalo ak, mmg x la ekekeke
Post a Comment