Sunday, April 14, 2013

mother baby kids expo, here we go!

punyalah banyak ekspo baby sekarang ni kan.
tapi sy sempat pergi yang ni je. hahaha
tu pun hari ni, last day baru sempat nak pergi.
semalam busy uruskan rumah baru. tunggu orang datang hantar barang letrik.
pagi semalam pulak servis kereta. gile hectic, tak sempat nak rehat pun T_Tv

ekspo ni bertempat di stadium malawati, shah alam.
ala yang sebelah tapak pasar tani seksyen 13 tu.
memang jam la. dengan orang nak pergi pasarnya. dengan eksponya. haha

i brought along husband, my mom and faliq.
faliq tolong carik parking lepas drop kitorang kat pintu masuk.

ok kitorang baru sampai niiii.


eksponya tak lah besar sangat.
tak besar macam kat midvalley la (tak pergi pun, tapi orang yang pergi cakap besar. haha)
then kitorang pusing-pusing la cari barang. dalam kurang 2 jam kot jalan kat situ.

baby diapers. macam-macam corak ada.



my mom, penasihat nak beli barang mana yang elok.



me. sudah gemuk. okoko



hahaha yang ni macam kelakar je tengok. model baby yang dikendong.



kenapa stroller semua bapak mahal?! tu dah siap diskaun tu.



booth anakku la yang paling ramai orang.

sebab anakku kan biasa mahal.
hari ni baju dia half price. ada barang lain pun half price.
so semua pakat serbu.
ai yang perut ke depan ni tak dapat nak selit pun kauuu.
mak bapak yang perut slim tu semua berebut kat situ.
ok fine. jemput la berebut. ai pergi booth lain. hahaha


inovasi.. bedung baby pakai zip dan bercorak. lolx



siap ada orang buat demo (yang pakai kain ikat merah tu).

hasil daripada ekspo ni,
sy berjaya la jugak beli few things.
macam pampers (borong banyak jugak la sebab 50%), changing mat, wet tissues.. ntah apa lagi tak ingat dah lolx.
tak habis beli lagi ni. list masih panjang.
tak pe, kita beli slow slow.
selagi kudrat masih ada.
tapi my mom cakap jangan aktif sangat.
takut terberanak cepat. haha
(tapi sy rasa bulan ni sy terlampau banyak berjalan. so many things to do. guu)

kesimpulan,
nak beli barang murah sila ke ekspo.


nah gambar tambahan yang tak de kait-mengait :


hari khamis tu teman husband pergi gunting rambut. siap urut kepala lain. urut kepala extra RM8. sedap katanya. kepala jadi ringan, boleh hilang headache. (kedai kosong sebab dah nak tutup pukul 10 malam).



ni siang tadi breakfast dengan husband.

oklah sy kepenatan dah ni.
sy nak rest.
toodles!! xD

No comments: