Saturday, April 20, 2013

check up & hari penamaan calon

lepas 3 minggu check up pregnancy progress kat salam medical,
hari ni masanya untuk kembali berjumpa doktor siti.

appointment pukul 9.30 pagi.
keluar rumah pukul 8.45 pagi.
belum breakfast lagi ni. niat nak breakfast kat area kedai makan dekat dengan hospital.

fyi salam medical ni dengan rumah sy dekat je. satu seksyen.
tapi hari ni nak pergi sana kan,
macam merentas 3 seksyen! sebab apa. sebab jam.
jam sebab hari ni hari penamaan calon. haha
salah timing la doktor bagi appointment tarikh ni :DD

penamaan calon buat kat sekolah menengah (former school sy).
sekolah memang dekat pun dengan hospital tu. so bayangkan kesesakannya.
dengan nak cari parking.
parking kosong ada la sikit,
tapi kena menapak.

iaitu malam sebelumnya kaki sy adalah cramp yang teramat sakit.
normal bagi pregnant mom (mengikut pembacaan sy la). tapi tu pun tanda tak cukup kalsium hahaha.
dan mungkin jugak sebab sepanjang weekdays minggu lepas sy aktif berjalan ke sini sana.
tetiba cramp malam semalam. hah dengan kaki crampnya, berjalanlah kao ke kedai makan bersebelahan salam medical :D

nak check up pun tunggu queue walaupun ada appointment.
pukul 11 lebih jugak la habis check. sebab menunggu dekat sejam lebih. orang ramai kan.

me at week 31.

bagi yang malas mengira *haha* nah ambik sempoa :P
week 31 ni lebih kurang 7 bulan setengah.

so sy rancang masuk bulan ke-8 mesti dah start minum air kelapa.
baca surah maryam lebih kerap.
ada kawan cakap makan minyak selusuh *minyak apa tu? kelapa?*
my mom pulak dah kirim kat makcik belikan sanggul fatimah kat mekah.
ni semua untuk memudahkan bersalin.
ai pun bukan arif sangat, ai baru first time mengandung ni. hahaha.


huiyo chubbynya sy!

setakat ni berat dah naik ke 56.6kg.
baby berat 1.6kg sudahhh. membesar bagaikan johan. lolx

tadi doktor siti scan lagi and nampaklah precious (baby) tengah tidurrr.
dia ni kalau jumpa doktor je mesti tidur.
lepas habis jumpa, bangun pulak dia tendang sini sana. HAHA
doktor bagi kalsium sebab sy mengadu kaki cramp. padahal baru sekali tu cramp kan.
tak pe. i need it.
nanti nak bersalin susah kalau kaki cramp.



ye. kitorang lagi. muka siapa lagi nak ditempek di sini kan *gelak berjujukan*

habis check up singgah kedai homeware + hardware.
beli lagi barang rumah.
balik shopping tengok no plat depan kereta dah hilanggggg.


keji.

husband cakap mesti ada orang ambik ni sebab skru dia ada situ.
kalau tertanggal/tercicir, for sure skru tertanggal sekali.

so sy yang dramatik ni buatlah spekulasi..

"hah ni mesti sebab hari penamaan calon, so ada orang ambik no plat kita menyamar pakai kat kereta dia and buat macam-macam!!"

tapi kereta orang len relax je tak kena rompak pun plat kereta mereka T_Tv
cobaaannnn.

5 comments:

Anonymous said...

mungkin sebab kereta kau ada sticker j*p*m kot? kot? kot? maka, mereka cabut plat number kereta ko... *spekulasi aku lagi hebat kot... ;p

khairie rahman said...

salam medical centre tu sekangkang kera je dengan rumah beta sekarang. wahahaha.

wani ezryl * said...

raja^ hm boleh jd jugak! apakah kesalahanku bekerja di JPM? hahaha. padahal pegawai kerajaan berkecuali kan, xde kait-mengait pun dgn politik T_Tv


khairie^ ces, rupanya ko tinggal berhampiran!! hahaha. ntah2 satu seksyen ataupun di seksyen sebelah! :P

khairie rahman said...

wahahaha.. kalau ada masak lebih tu, boleh la koling2.. dengan pantas aku sampai. hahaha

wani ezryl * said...

patutnya ko sebagai jiran tetangga dtg membawa juadah ke rumah kami! haha