Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Monday, March 18, 2013

postponed food

ini sedikit lama punya cerita.
tapi gambar adalah refreshing ok :P

biasalah wani e kan,
pakar kumpul gambar banyak-banyak
pastu baru nak upload buat blog entry. kikiki

ok gambar pertama, kedua, ketiga, keempat adalah gambar time majlis makan lepas perhimpunan bulanan ofis hari tu. yoshh yang dr. faiz datang bagi talk tu. yosh pastu ada orang bagi soalan mintak dr. faiz suggest nama brand penapis air yang terbaik di malaysia. that was a memorable question, really. ikiki


biasalah kalau dah namanya makan buffet, harus la menyerbu! :)




ramai la jugak.



my table members.



lauk buffet special sikit hari tu.. nasi kerabu. special sebab berderet trays dia. lauk macam-macam. ada ayam percik la, ikan goreng, daging bakar, solok semua yadayada..

tapi sebab makan tengah hari awal sagat (dalam pukul 11 pagi),
petang tu dah lapar.
nasib baik bawak bekal kwey teow goreng bungkus untuk breakfast tapi tak jamah lagi.
so makan yang tu je la buat alas perut.

ni time pergi makan kat RASA, alamanda food court. ambik ikan bakar portugis. ada cencaru sekali dengan lala. makan dengan nasi putih. fuh. ikan bakar ni memang kawannya nasi putih je la dengan ulam. tu dah cukup.



ni pulak time ambik lauk meeting bos-bos HAHAHA.

time tu hari jumaat.
so best la sebab tak payah keluar ofis cari makanan.
dapat pulak lauk meeting nasi hujan panas dengan ayam madu warkhhhh sedapnya ayam diaaa!!! (10 harakat)
hari tu pernah sekali makan ayam madu ni.. time majlis khatam quran ramai-ramai kat ofis time bulan puasa rasanya. awesomeness.


ni pulak tengah shopping ketam kat pasar putrajaya.

you should see the udang galah weh. HUUUGE!!
dan sotong adalah fresh.
ketam gemuk-gemuk berisi banyak.
heaven je makan *menangis*


husbandku yang awesome.



beli 4 ekor ketam je. tapi tengok la sepit-sepit dia. mengancam, ok!



asalnya nak buat masak lemak cili api.
siap dah beli santan pekat, cili api, lemongrass segala.
pastu rupanya my mom dah siap masak bawal masak lemak oren.
ai tak baca message sebab tengah drive.
so sebab dah ada lauk kuah, kita gorengkan saja ketam-ketam itu.. wee hoo
ketam-ketam menunggu untuk digoreng. korang sangat berjasa kepada perut kami, ketam! :'DD


lepas makan banyak *siap ratah* tu,
pagi esoknya macam terbersin hidung selsema.
ni sah allergic seafood ni. nasib tak teruk. sebab pagi tu je sumbat.
petang dah ok. haha

ok till we meet again :)

2 comments:

khairierahman says:
at: March 19, 2013 at 3:23 PM said...

pehh.. bestnya ketam!!

wani ezryl * says:
at: March 20, 2013 at 12:52 PM said...

best woahh. harga je tak best >.<