Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Thursday, March 07, 2013

ekspo mengikut hierarki

hamboih tajuk tak boleh blah :P

dari kecik sampai besar
kita tak terlepas daripada mengunjungi ekspo/pameran.

tapi percaya tak,
minat kita terhadap sesuatu ekspo berubah-ubah dari kecik sampailah besar.
mari kita explore!

EKSPO. yang super ramai orang.

KANAK-KANAK : EKSPO BUKU
kannn. ok fine memanglah adults pun turut sama ada kat ekspo buku. tapi dari sekolah lagi dah ada pameran-pameran buku.. untuk menggalakkan budak-budak membaca. contohnya pesta buku PWTC. pastu sekarang musim pesta buku big badwolf. yang bestnya kat ekspo gini banyak diskaun. heheh




REMAJA : EKSPO ICT
ko sebut PC fair je mesti berlumba-lumba anak-anak muda cari gadgets terkini. sebab biasa ada promosi. dapat free gift lagi. lagi satu, bila semua dealers berkumpul kat satu lokasi, senang nak compare harga. kalau nak beli laptop ke desktop ke printer yadayada, inilah masanya! yang famous adalah macam PIKOM PC fair.




ADULT YANG BUJANG : EKSPO PERKAHWINAN
haa dah agak-agak sampai masa nak berkahwin, couples yang ada semua pakat pergi ekspo perkahwinan.. nak tengok baju kahwin, pakej katering, kad kahwin affordable.. semua ada kat sini. siap ada pertunjukan fesyen lagi, kau. yang famous macam Kerja Kahwin dan yang lain ai tak ingat :P tapi yang best kat sini korang boleh food testing. hahaha. merasalah makan ayam masak merah dengan nasi beriyani kan.




ADULT YANG DAH KAHWIN : EKSPO HARTANAH
memang kat sini ada orang kaya yang saja-saja datang nak beli rumah-rumah tambahan.. tapi ada juga young adults yang baru kahwin akan mula menerjah ekspo sebegini untuk mencari rumah pertamaku.. ecehh. biasa kang ada la rebet dan sebagainya. plus banyak pilihan tempat boleh dibuat kat ekspo.




ADULT YANG DAH KAHWIN 2 : EKSPO MOTHERHOOD
daripada ekspo hartanah, young couples akan ke ekspo motherhood pulak untuk meninjau barang-barang berguna untuk ibu-ibu mengandung / bayi-bayi yang baru lahir. tau je la harga barang-barang bayi mahal nak mamP. kalau pergi ekspo dapatlah yang murah sikit.. kot. hahaha



dan sebenarnya ada macam-macam lagi jenis ekspo mengikut minat masing-masing.
ada ekspo macam big boys toys.. yang ada kereta sports canggih, gadgets yang inovatif etc.
ekspo cosplay yang ada pakaian beragam..
dan macam-macam ekspo lagi.
yang penting kita semua enjoy pergi ekspo dan pulang dengan pembelian yang berbaloi ;)


ekspo kucing adalah kegemaranku! kehkeh (comelnya kucing ni! siap buat fashion show lagi. ni la baru namanya catwalk!!)

bai!!!

0 comments: