Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Saturday, March 30, 2013

o-hectic-day

happy sabtu!

hari ni lepas check up doktor pagi, *tak de la pagi sangat, habis nak dekat pukul 12 jugak*
pergi carrefour cari hadiah kahwin.
lepas tu shoot ke wedding husna kat dewan seksyen 24.. met my schoolmates there.
wah rindunya kat diorang!


saz, ida, s.bariah & i. aizza dengan muizz pun ada, tapi diorang dah balik.
diorang ni semua adalah besties time sekolah rendah dulu.
s.bariah tu geng lukis-lukis.
even sampai sekarang dia masih bergiat dalam designing.
time nikah dulu, dia la yang sponsor bunga tepak sirih.. dia gubah sendiri. *thanks, mate!*

tak sempat jumpa pengantin.. dah pukul 2 pengantin tak sampai lagi.
sebab kena rush ke area dengkil..
housewarming kat rumah farid + ina.
diorang ni dulu coursemates kat univ.
bercinta dari zaman diploma sampai sekarang ni dah kahwin ada anak hihi.
pergi dengan husband semua events hari ni.
kat rumah farid, jumpa ejoy dengan husni (kawan univ jugak).
aiseh tak tangkap gambar kat rumah baru farid.
dia cakap baru duduk situ 2 bulan.
tapi ok la area rumah dia.. cantik je rumah. sebab baru naik kan.

then balik tu singgah rumah kejap solat,
then shoot pulak ke SACC. jumpa kawan husband, shahrin yang bukak meja jual minyak wangi kat flea market SACC. buat kat tingkat 3 ok. saja je SACC ni.
time tu ada pulak saringan kilauan emas polident yang nyanyi-nyanyi tu.
gamat la SACC kan HAHA

lepas tu baru ke alam sentral.
ambik kad kahwin yang tempah hari tu.
okkkkk bukan kitorang punya kad kahwin ye. hahaha
ni husband tempahkan kad untuk adik & kakak dia yang akan kahwin dengan couple masing-masing bulan mei ni.
hazab nak tunggu lif kat alam sentral.
penuh manjang!
time sampai tu pulak kitorang parking kat B3 *basement 3, mind you*
sebab malas tunggu lif *orang yang tunggu depan lif tu dah berjela*
naik tangga sampai LG. kat sana ambik escalator naik tingkat 2 kat kedai kad kahwin.
huii dahaga ok bersenam naik tangga. dari SACC lagi dahaga.
terus beli jus buah kat kedai buah MBG.
hilang dahaga ai :P

balik singgah pasar malam.
beli makanan.
lepas tu balik, bolehlah kita rest. hihi

"hari ni macam hari pergi kerja." kata husband.
ye la kan, keluar pagi balik petang nak dekat pukul 7.
sungguh la hectic.

later.

2 comments:

kaizenDaGreat says:
at: March 30, 2013 at 9:11 PM said...

tapi hari ini aku kerja betul... hahaha

wani ezryl * says:
at: April 1, 2013 at 11:51 AM said...

ha a, ko kerja menggunakan otak. kami kerja guna tenaga time weekend. lolx