Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Sunday, March 03, 2013

azra's solemnization

jumaat yang baru lepas, iaitu pada 1 mac 2013 (1.3.13 lawa nombor!),
sy telah attend majlis akad nikah bestie DP*A sy, azra.
rumah dia dekat je.. kat putrajaya.
so off we go.

sempat la belikan dia bunga.. nasib baik ada kedai bunga belakang rumah.

blok kedai kat area rumah tu memang heaven.
ada bank, kedai mamak, pasar, pizza hut, kfc semua ada.
tak tau pulak ada kedai bunga.
google-google rupanya ada kat situ.
malas nak pergi kedai bunga lain yang jauh, so pergi je la sana.
tempah pagi, petang dah dapat.
lawa jugak dia deco.


a bouquet of flowers, close up.


sampai rumah azra, dia tengah bersiap.
pastu dengan photographer, videographer siap buat shooting.

azra tengah bersiap-sedia.



sempat menelefon cik abang ;)


lepas tu kitorang gerak ke masjid putra.. majlis kat sana.
tok kadi tu punyalah lama bercerita,
agaknya nak bagi bakal pengantin hilang nervous kot :P
pastu dinikahkan oleh wali, iaitu ayah azra.


azra menunggu saat ijab dan qabul.




ni hantaran daripada pihak perempuan. yang ni snap kat rumah azra. yang kosong tu untuk letak kek. keknya di tingkat bawah.. haha



ni hantaran kedua-dua belah pihak. 13-11 kalau tak silap.


then alhamdulillah.. selesai majlis akad nikah.
diorang rushing sebab nak tunggu masuk waktu maghrib kan.
so orang masjid kata cepat-cepat kalau nak tangkap gambar ke apa..
kena clearkan ruang depan tu untuk ready for maghrib.


ni time sarung cincin and batal air sembahyang.



ni je gambar bersama pengantin kat masjid yang ada. yang tukang tangkapnya tu gegor tangan. hahaha



congrats, bestie! semoga berbahagia selamanya.



azra and i.

ok nanti kita buat liputan majlis resepsi pulak ye.
till then!! woots!

0 comments: