Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Thursday, October 01, 2015

seminar 'kalau aku kaya'

haha ini bukan seminar MLM ke atau skim cepat kaya ye.
ni seminar under puspanita.
more to kepenggunaan, kes-kes penipuan dan ada jugak pasal perniagaan.
(menarik, ay?)
for this year, ni kali kedua kot sy join program puspanita kebangsaan.
sebelum ni bengkel penulisan kertas jemaah menteri.
the second one yang ni lah.

seronoknya program puspanita ni,
diorang akan bagi goodies macam-macam
and cabutan bertuah dia punya la banyak.
kira macam gula-gula la nak tarik orang datang.
*walaupun tak pernah sekalipun sy dapat cabutan bertuah dia hahaha*
tajuk-tajuk kertas pembentangan untuk seminar ni pun macam menarik,
plus, sy pun tak de banyak kerja sangat kat ofis.
so why not kita join.

bertempat di sini.

penyertaan 1000 lebih umat puspanita.
boleh bayangkan la parking dia macam mana.
time datang tu nasib ada ruang kosong kat tepi tu.
illegal pun illegal lah.
tak kacau laluan orang pun lolx

selain seminar,
kat luar dewan jugak ada orang jual-jual.
sebab puspanita kan ada biro keusahawanan.
so jualan-jualan time event ni memang selalu ada.
berjaya rembat USB cable dengan macaroni kecik RM4. *tak menepati tekakku.. ahax*

ni sesi pertama; jerat cinta cyber.

menarik la sesi ni.
ASP tu cerita pasal scam kat internet.
macam mana orang malaysia ni mudah terpedaya dengan pujuk rayu penipu-penipu scammers yang menyamar jadi lelaki kacak and pi transfer duit segala.
padahal scammers tu orang nigeria.. letak gambar model kulit putih.
siap ada claim dok london la bagai.
biasanya scammers ni akan bagi ayat-ayat manis and janji nak kahwin la semua.
siap pasang webcam tapi rakaman orang lain kat webcam tu.
then cakap nak hantar parcel kat kekasih dia orang malaysia ni.
kononnya lepas tu, parcel tu sampai.
scammers ni jugak la yang akan menyamar and call as courier service.
katanya kalau nak ambik parcel tu kena buat bayaran dulu yadayada.
panjanglah nak cerita.
ikut statistik, paling ramai yang tertipu (data tahun lepas) is melayu, wanita, umur 31-40 tahun.
hm. wonder why.
lonely?
tapi jangan ingat ni golongan single je terkena.
ASP tu cakap mangsa boleh jadi single, dah kahwin, janda semua ada.

banyak la paper pembentangan.
ada juga daripada SWcorp (dulunya perbadanan pengurusan sisa pepejal).
this one menarik la.
cerita pasal recycle.
walaupun 3R ni dah lama and dah ramai tau,
tapi berapa ramai je yang praktikkan kat rumah kan.
so pembentang ni bitau la camne dia buat kat rumah..
guna kotak je then letak plastik kat kotak tu.
ada 3 kotak.
satu untuk kertas, satu untuk plastik and satu lagi untuk lain-lain sampah kering selain daripada tu. can be tin aluminum, bateri, pakaian dll.
lepas tu kalau dah penuh boleh hantar jual.
banyak jugak dapat hasil jualan sampah-sarap ni.
one interesting fact is;
sampah makanan kat malaysia ni banyak gile kot.
including sisa makanan yang langsung tak diusik macam lebihan buffet kat hotel, katering dll.
kalau sisa tu, katanya dalam sebulan boleh feed 600,000 orang kelaparan.
rakyat malaysia ni kiranya memang suka membazir makanan la.
yet setiap 4 saat kat dunia ni ada je orang yang mati kebuluran.

pembentang tunjukkan pengasingan mengikut kotak/tong sampah.



dia cakap takkan one day nak generasi kita pakai mask sentiasa macam ni.

alangkan jerebu yang ada sekarang ni pun kita dah rasa tak best kan.
bayangkan la if one day dunia ni tercemar teruk.
every minute every hour kena pakai mask.
tak ke sengsara hidup.
ada kait mengait jugak dengan pembaziran sisa makanan tadi.
sebab sisa tu menghasilkan gas metana, which teruknya sama or worse daripada gas karbon dioksida.

dan janganlah buang sampah merata.
plastik gula yang kecik tu pun jangan.
cari tong sampah / recycle lagi elok.

then tengah-tengah seronok berseminar tu sy kena balik ofis kejap
sebab nak settle kerja.
so terlepas slot pasal lubuk emas beli kain semua kat china vietnam semua tu. haha
seminar ni pun setiap kali habis satu sesi,
ada sesi cabutan bertuah ok.
so yang tu pun ada sekali la terlepas.
tak tau nombor ai naik ke tak. sebab dah balik ofis kan.
petang tu baru masuk seminar balik.

last slot dengan dato' sri vida qu puteh tu.
dia cerita experience dia and susah payah time awal-awal berniaga dulu.
3 kali dia cakap dia jatuh *bukan jatuh tangga ye. what were you thinking? ish ish* :B
dah lepas tu baru bisnes dia maju sampai sekarang.




qu puteh qu puteh barulah putih! ahax

tapi harini tak pakai crown katanya. hihi

then lepas tu majlis penutup.
ada lagi 5 cabutan bertuah hadiah grand to the grand. :DDD
rasanya barang letrik lah.
tapi seperti biasa, wani e tak de nak menang apa haha.
bayangkan nombor sy 0290.. yang dapat tu 0920.
even sebelum tu yang hadiah kecik-kecik, nombor 0291 pun boleh naik.
semuanya sipi.
ahkak tabah menghadapi segala. :P

balik seminar, jem teruk time nak keluar parking basement.
seminar habis pulak around 5.
memang peak hour orang keluar ofis.
so beratur habis la nak keluar dari building area tu..
sebab kereta lain queue ada traffic light di hadapan.

lepas dah lepas tu,
pi presint xxx ambik ariana kat taska dia.
lepas tu balik. lolx

0 comments: