Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, October 06, 2015

jalan raya yang men-stressful-kan



everyday kalau lalu presint 15 hantar/ambik ariana kat taska, mesti nampak building ni kat tepi jalan.
dwiputra residence.
harga setengah juta seunit.
tau je la jalan kat p15 ni kalau peak hour dia macam mana.
yang dari bangi semua lalu situ untuk ke pejabat.
kalau keluar lambat sikit, alamatnya sesak berjemaah la ko kat sana.

ni dah dapat bayang kalau esok dwiputra residence ni siap,
tahap jam dia mesti menyakitkan hati.
ye lah jalan mana lagi diorang nak pakai selain main road tu.

alangkan yang kat lot-lot kedai presint diplomatik tu pun sedia ada jam sebab ramai pi mydin (kebanyakannya) and kedai-kedai lain.
depan mydin tu memang orang parking berlapis-lapis,
sebab parking terbuka kat belakang mydin dah diambil untuk buat pembangunan lot-lot kedai baru.
ha tu satu lagi.
parking tak de, tapi ada hati sambung projek buat lot-lot kedai baru. aaaaaaaaa.
sy bukan planner, tapi macam mana orang yang plan ni boleh buat kedai la, rumah apartment bertingkat-tingkat tanpa fikir tak de parking atau jalan akan jadi super sesak??
money?

sebab setahu sy,
kawasan p15 dinamakan presint diplomatik sebab menempatkan rumah-rumah untuk diplomat.
syarat pembangunan kat situ tak boleh ada bangunan yang tinggi sangat,
supaya pemandangan clear, tak terhalang oleh bangunan tinggi.
ni tiba-tiba ehh ada dwiputra pulak.
lepas tu kawasan kedai jadi bertambah tapi entah mana nak letak parking.
(fyi taska ariana kat dalam kawasan lot-lot kedai tu ye).
petang kalau ambik ariana, parking kat area taska dia tu penuh walaupun kawasan tu boleh kata lot kedai yang terpencil.
sebab even ada yang nak shopping kat mydin pun parking situ (dah, kat mydin tak de parking!).. then diorang berjalan kaki ke mydin.
susah sikit la parents nak bawak budak kecik melintas jalan semua jauh-jauh sebab parking penuh.
ni if kedai bertambah dan lot parking tak banyak, lagi teruklah agaknya jalan nak masuk ke taska tu.
huaaaaaaa.
sometimes development sucks big time kalau planning dia ntah macam mana.

sama je la kat mana-mana pun.
nak bina apartment, kondo.
tak de fikir jalan akan jadi semakin jam.
public transport pulak jauh.
yang dia tau, dia buat kondo, siap dengan parking semua cukup untuk residence.
yang menambah kenderaan kat jalan tu tak fikir pulak.
aaaaa geram.


ni on the way nak ambik ariana kat taska. nampak dwiputra ni je somehow rasa geram. ahahaaa boleh macam tu? :P

mana tak untung.
memang untung besar, wohh.
kalau bangunan tinggi, berblok-blok.
satu unit je dah setengah juta.
ko bina mencapai langit, bukan landed. memanglah untung besar.

ai is sakit hati sebab tak nak la jalan putrajaya ni jadi macam KL.
orang nak dok tenang-tenang sini.
tapi peak hour memang tak la.
sebab orang sini semua mostly kerja kerajaan, semua keluar kerja balik kerja serentak.
kalau keluar lambat sikit je, alamat jam teruklah.
so kena keluar awal.

lepas tu time peak hour ramai yang bawak gila-gila ntah apa dia kejar.
punch card kot. haha
especially pagi la.
kalau keluar awal memang tenang.
tapi kalau kita kat atas jalan dalam 10 minit before masa untuk punch card,
merasalah jumpa kereta-kereta gila ni. hahaha
*pening*

tu je la dapat mengadu nasib kat blog. lolx
ni la kesan pembangunan terlampau padat.
bukan kat sini je, rasanya kat bandar-bandar besar lain pun semuanya sama.
tabahlah.

bye!!

1 comments:

Bawangputehdotcom says:
at: October 6, 2015 at 4:42 PM said...

hehehe..sabar ye..5 tahun dulu dok putrajaya gak..aman je rasa, pastu pindah shah alam mula la serabut sbb dkt ngan uitm..slalu gak jem..nak2 if dkt tol batu 3...ni ciklin dah dok johor plak..pun sama balik keje je cnfirm jem pastu mula la jumpe kete2 yang mcm hilang arah tuju ni..pening2