Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Sunday, October 04, 2015

october weekend!


happy jerebu day! wahah.
sejak semalam (sabtu) jerebu dah datang balik dengan hebatnya.
gambar kat atas ni gambar pagi tadi.
ya Allah, silent hill sangat.
siapa nak buat shooting filem zombie apocalypse.. bolehlah time-time ni. hahh.

hoorei semalam husband dah balik kejap dari outstation.
i said 'kejap' sebab hari ni dia sambung kerja balik, jadi LO kepada delegasi ASEAN pulak.
kebetulan oktober ni bulan sibuk dia.
dahlah birthday dia oktober kan.
tapi kalau nak diingat-ingatkan,
memang dari dulu lagi bulan oktober mesti dia sibuk.
even sebelum kahwin pun,
sy ingat lagi pernah sekali tu time birthday dia kot..
dia tak de. outstation jugak. lolx

so since dah seminggu dia tak balik,
kita masakkan his favourite ayam masak kicap..
sebagai menyambut kepulangan. hihih

the ayam masak kicap. panjang betul kulit kayu manis dia hoih. tu je yang ada kat kedai.


malam tu teman husband ke bandar baru bangi.
nak ke pet shop, sebab makanan kucing dah nak habis.
jerebu-jerebu pun kuredah jua.

jalan raya dengan udara yang berkeladak.

sampai kedai mi casa tu, ada la sekor kucing parsi warna hitam-putih ni dalam kedai.
besar gile kucingnya.
ariana takut kot sebab besar sangat.
punyalah menjerit dia nampak kucing tu, siap menangis-nangis.
padahal dia pencinta kucing. ahaha
ada jugak sy shoot video, tapi tak sampai hati nak letak :P
so letak gambar je la.
pilu betul muka dia. hahaha

dipanjat-panjatnya babah dia. super ketakutan.

ada tu dia tengah berdiri kat lorong rak-rak tu kan.
tetiba kucing tu lalu.
memang menjerit la dia.
terkejut, pastu menjerit, pastu lari pecut. haha


mengadu nasib kat babah dia.


then beli dinner burger ramly kat area kedai kucing tu jugak.
bungkus bawak balik.
redah jerebu lagi.

jalan pulang.

balik nak mengejar tengok america's next top model.
biasa episod baru dia buat hari khamis.
ni tetiba tukar pulak ke hari sabtu.
sampai rumah dah lewat setengah jam.
tengok la mana yang ada. nanti boleh tengok repeat punya kan.
astro kan rajin repeat-repeat ni. ahahah

then harini ahad memang tak ke mana la,
tengok jerebu samaa je 'mendung'.
tiap kali tengok jerebu je memang mengundang geram sebab haba wehh habaa
berpeluh-peluh dalam rumah ni ha.
rakyat jelata macam ai mana ada pasang aircond kat kuarters.
kalau hari biasa memang sejuk je kuarters ni.
belakang tu hutan kan.
ni tetiba panas.
tu yang hangin tu.

so pagi tadi goreng cucur ikan bilis dengan kentang.
cicah sos thai mae pranom baru beli.
sebab yang botol lama dah habis.
yang ni beli kat kedai runcit pasar P8.
memang murah kedai tu.
lenkali nak beli sos baiklah beli kat situ.
murah seringgit dua kot.


sedap makan panas-panasss. sejuk pun sama sedapnya. kahaha

since husband keluar bekerja kan,
malas la nak masak meriah-meriah ke apa.
lagipun penat weh nak rehat je sepanjang hari ni.
untuk lunch goreng ikan cencaru je dengan masak sup petola black pepper.

lunch!



ni ha sup petolanya. resipi mama sy. ganu mari. siap letak kepok keping. hihi

tu la hari ahad ku yang bermalas-malasan saja.
24/7 sweating dalam rumah. haha
entry diakhiri dengan gambar daging goreng kunyit yang dimasak kelmarin for dinner.
byebye!!

daging goreng kunyit super yummy.

0 comments: