Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, October 27, 2015

stigma

assalamualaikum, morning everyone!
hari ni ambik cuti sebab nak rest kat rumah.
most of the time memang rasa nak baring je ni haha
tapi tak de la baring je selalu nanti lemau pulak.
cuma rasa tekanan kat bawah kalau duduk lama.
ended up asyik ke toilet je kita :P

tapi hari ni tak de la nak cerita pasal tu.
baru-baru ni ada terperasan pasal kartun kat fb.
kartun-kartun kat page pelukis ni mostly pasal stigma masyarakat la.
topik yang dah dibincang berkurun lama pun;
of masyarakat jangan nak menyibuk tanya soalan tak de jawapan, macam..
bila nak kahwin, bila nak ada anak, bila nak tambah anak etc etc.
as it will mengundang kemurungan dan kesentipan kepada pihak berkenaan.

for me, isu ni memang dah lama la.
and it should be evolved.
maksudnya generasi sekarang tak payah dah nak rasa sensitif kemain bila orang tanya.
soalan-soalan tu shouldn't affect you majorly.
don't let it get into your brain. take it lightly. nanti kau sendiri yang merana sebab stress.
orang yang tanya tu tak de apa-apa pun. kan.
(basic survival guide)

sy bukanlah jenis orang yang bertanya soalan-soalan macam tu, *as banyak lagi soalan penting atau menyeronokkan yang boleh sy tanya haha*
even pernah tergolong pun dalam group yang selalu ditanya.
ye lah zaman single dulu maunya tak de orang tanya "bila lagi bila lagi", "dah ada boyfriend ke?", "bila nak dapat kad?"etc.
tapi entahlah, tak ambik port pun, malah buat benda tu joke lagi. haha
for these single group of people, pergi ke weddings la yang paling menyampah sebab nanti mesti makcik pakcik tanya soalan tu kan.
(jangankan makcik pakcik, tang dulu sy pergi wedding kawan, kawan sebaya jugak yang tanya soalan macam tu. see, tak mengira usia ya! hahaha)
tapi sy suka ke wedding. sebab meriah, gembira, makanan kenduri yang lazat dan boleh cuci mata. rofl.
janganlah kita ke wedding dengan berfikiran stress "alahhh mesti orang tanya nanti 'ko bila lagi'.." memang la ended up nanti benda tu je yang dalam fikiran kita.. last-last tak enjoy langsung kat wedding tu. makan ayam masak merah lazat pun serupa telan pasir je rasa.
maksudnya sini, it's all within ourselves.
kita tak boleh nak halang masyarakat 'rajin bertanya' ni.. tak boleh nak ubah diorang pun.
(lagi tua lagi susah nak ubah. tapi harapan tu masih ada gahaha)
yang boleh kita ubah adalah perspektif dan responds kita terhadap pertanyaan diorang.
kita sendiri yang akan buat diri kita happy, not anyone else.

soalan pasal bila nak ada anak tu lagi la sentip kan.
sebab dan-dan and sah-sah tak de jawapan.
kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
mananya sy tak pernah kena tanya soalan macam tu.
sesiapa pun, baru seminggu kahwin pun orang dah tanya. (gile betul orang ni lolx)
and sy pun bukanlah kahwin-kahwin terus conceive baby. tak ye.
dalam 8 months kot baru dapat news yang pregnant.
tu pun sepanjang 8 months tu ada yang dok menanya.
amboih tak sabar korang ye bagi chan la kami honeymoon dulu. ahaha
so i can imagine.
tu 8 months. kalau yang dah bertahun?
memang mengundang stress kat depa. tapi if couple jenis tak kisah, sebenarnya tak de apa pun.
may be ada yang memang plan nak honey moon lama sikit baru nak conceive. suka hati diorang la kan.
tak yah ambil port sangat. yang penting along the way, yang mana nak anak cepat, diorang dah berusaha. and nanti tau-tau je akan buat surprise kat orang yang rajin bertanya tu.
(dah rajin tanya, tapi kalau tak datang majlis aqiqah... awas! hahaha)

berbalik kepada kartun kita tadi.
memang betul la pasal stigma masyarakat tu.
tapi sy juga nampak yang pelukis tu is a bit defensive.
sampaikan dia cakap dia tak de hajat nak kahwin pun or even ada anak.
siap ada kartun pasal watak perempuan ni dapat baby, tapi dia bagi baby dia kat orang yang asyik tanya dia bila nak ada anak. watak tu cakap dia tak nak anak tu tapi dah orang asyik tanya.. "nah kau ambiklah anak ni, jaga. kau yang nak sangat kan!" dark humor may be.
fine la pilihan hidup masing-masing.
may be she's still young, it's not her priority.
or may be dia malas nak entertain pertanyaan orang with those cliché questions.
tapi sampaikan justify tak nak kahwin sebab better daripada dapat abusive husband, rumah tangga tunggang-langgang dll.
wahh mana ada orang yang kahwin berharapkan kahwin dengan orang yang abusive? atau kahwin untuk harapkan marriage tu tak bertahan lama?
tak boleh ke banding dengan perkara yang baik sikit?
kalau macam tu la pemikiran, memang sampai ke sudah pun negativity aje la.
itu je la yang sy kesal tentang pendirian pelukis tu.
ni bukan kempen suruh orang kahwin ke apa ye.
tapi please open up and tengok la apa saja benda dari sudut positif.

on the other side, as a person, as a friend, as a family member,
we should support everyone we know.
be gentle dan janganlah asakkan soalan-soalan macam tu.
walau macam mana tak ambik port pun seseorang tu,
dah kalau 3juta kali ko tanya dia soalan annoying yang sama,
haruslah dia block ko daripada friendlist dia. hahaha
dan ingatlah setiap orang tu ada kelebihan masing-masing and may be lebih mulia di sisi Allah berbanding kita.
so if there's a good news, it will come to you yourself.
tak yah nak tunggu orang tanya.
peace :)

0 comments: