Thursday, October 15, 2015

recap hari-hari lepas & foodsie

hola!
hari selepas percutian singkat telah kembali! lolx
so harini semua orang masuk balik ke ofis untuk bekerja.

semalam ada orang datang buat demo mesin pembersihan rumah yang multi-function.
memang hebat sangatlah mesin tu.
dialah air purifier, dialah aroma therapy, dialah vakum, dialah pembersih tilam, cadar, dinding, langsir, kereta, karpet, semualah!
(lupa pulak nak tangkap gambar)
and mesin ni tak de filter apa, guna air je untuk perangkap habuk.
so tak yah maintenance bagai.
then hama habuk semua dikautnya. super clean air.
sebab katanya basuh baju, penyapu and vakum tu sebenarnya masih memerangkap habuk.
cuma menengokkan harga tu la yang tersedak sikit.
lepas diskaun adalah almost RM10k.
melihatkan priority kitorang time ni, memang tak dapatlah nak membeli walaupun ada bayaran ansuran tanpa faedah semua.
lainlah kalau ai ni JUSA duit banyak atau ada rumah mewah-mewah :P
walaupun mesin tu memang sangat bagus untuk kesihatan.
kesian pulak yang mendemo tu lebih sejam.
tapi sempatlah dia bersihkan katil, karpet dengan sebahagian langsir rumah kitorang. hihi
may be next time.

so!
macam biasa,
apalah ertinya blog yang dimakan sarang labah-labah kalau tak me-recap cerita yang lepas. ahax

tapi tak la kisah silam sangat :P
ni adalah baru-baru ni jugak.. time weekend.
rasa macam dah lama tak makan kat restoran mamak hakim seksyen 7, shah alam.
ayam goreng dia yang sedap tu lah.
so mari kita ke sana.


ayam goreng hakim (HFC)

tapi sayangnya time tu ayam dah sejuk *deng!*
awal sangat ke kitorang datang ha?
then pukul 10pagi macam tu baru dia angkat ayam baru dari dapur.
tu pun dah suam sikit nak menuju ke sejuk.
may be dia goreng lepas tu simpan kat dapur, tunggu ayam kat depan nak dekat habis baru dia top up.
tak panas la macam ni! haha
tak pe la makan je la.
siap ambik ayam 2x sebab nak makan jugak ayam suam batch kedua tu.

time ni la pulak boleh terindu kat ayam goreng restoran insaf jalan TAR.
huaaa sedapnyaaa.
bilakan dapat kupergi lagiii.


husband and his chicken. lolx. letak kuah madu. kuah madu manis ya amat. ampunn.


ai is ordered megi goreng je dengan ayam goreng. air barli. haha


then kepada makanan-makanan lain!!

yang kat bawah ni; ikan goreng berlada.
ingat nak buat kasar-kasar sikit cili and bawang dia.. (tapi kena tumbuk la pulak)
tapi sebab wani is pemalas sometimes *bahaha*,
so blend je la.. tu yang jadi tak berapa kasar tu.





simple je ni; cili kering, bawang merah, bawang putih, asam keping dengan bawang besar potong.


yang kat bawah ni pulak; nasi beriyani (johor) beli kat pasar tani/malam putrajaya.
harga RM8.
sedap ok.

papadom je tak beli. dia jual asing RM1. tapi sebab sy tak prefer papadom kotak-kotak.. so tak beli.


then ni dinner semalam.
kemalasan lagi (as usual.. ohok ohok)
buat tomyam ayam and nasi goreng kicap.
semua instant ok.
tomyam pakai mae pranom punya paste.
nasi goreng pakai adabi, hiris and ketuk bawang-bawang and cili api sikit.. pastu curah kicap. api besar. siap! :P
(tang tak berapa nak rajin tapi terpaksa merajinkan diri adalah untuk potong-potong segala sayur tu T_T)



and kat bawah ni pulak adalah english breakfast ku *aiceceh* yang dimasak hari tu.
roti telur epal katanya.
letak bawang merah cincang dengan epal.
sihat tak resipi ni. HAHAHA

the apple french toast ;)


so tu je lah.
ada lagi entry nak taip ni.
tapi sambung nanti. bye bye!

No comments: