Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, October 13, 2015

flash news : harga tol naik dan yuran taska tak naik

selamat hari selasa semua.
esok dah maal hijrah, jangan lupa baca doa akhir tahun and awal tahun. :D

jarang cerita pasal isu semasa kan.
sebab adakah wani e ni sorang yang ignorant? ahahah
tak lah, cuma malas nak bincang sangat sebab kat newspaper, social media banyak dah.
but this time kita masukkan jugak lah perubahan kadar tol yang akan bermula tak lama lagi (15.10)







banyak jugak tu naik kadar tol.
sy tak de terkesan sangat sebab memang duduk dalam putrajaya, kerja kat putrajaya.
sama macam dulu kerja kat terengganu. tak de tol. rumah dekat dengan ofis.
tapi yang terkesan tu adalah siapa-siapa yang tinggal jauh dari ofis and hari-hari ulang-alik lalu tol.
kalau sebelum ni dok shah alam, kerja putrajaya.. lalu jugaklah ELITE highway tu.
everyday ulang-alik RM7+ jugaklah haha *menangis*
tapi ELITE tak naik kan.
mau pengsan berjemaah kalau naik. sebab memang dah sedia mahal.

bila tengokkan fb posts orang lain,
memang tensi habis semorang bila kadar tol naik.
siap ada yang tak nak keluar rumah, yang nak lalu jalan lain (jauh) etc etc.
tu belum cerita yang upkan gambar manifesto BN suatu masa dulu untuk kurangkan kadar tol. lolx
macam-macam.

KKR pun ada keluarkan press release (malas nak tepek) berkenaan isu ni.
katanya hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar dan tidak melibatkan antara bandar.
one more, kadar tol bagi bas kekal untuk  galakkan penggunaan pengangkutan awam.

have no problem with public transportation,
cuma kalau kemudahan tu efisien, rasanya memang orang tak naik kereta dah.
commute dengan public transport je hari-hari.

sy dulu pun pengguna public transport tegar. haha
time student la.
tu sebab ada interconnection antara tempat yang sy nak pergi.
so senang.
then dah terbiasa naik public.
dah biasa jalan jauh nak ke bus stop.
dah biasa tunggu bas lama.
kalau bas tak de langsung (ni yang tak efisien tu!) kalau emergency, ambik cab.
abes dah tu kalau orang tak biasa?
maunya dia nak naik public transport.
maunya dia jalan jauh.
lagi-lagi bas yang katanya ramai warga asing (fobia ke apa ai tak tau manusia ini)
so may be LRT MRT monorail semua tu boleh membantu.
cumanya kena efisien and interconnected. tu je la.

so far putrajaya punya kemudahan bas memang tip top.
50sen je tiket.
siapa yang rajin menunggu bas tu bolehlah naik bas ke tempat kerja dalam putrajaya.
kesian yang rumah jauh tu la. yang drive lalu tol.
tak pasal-pasal emosi lebih sebab harga semuanya naik. tabahlah ye.

//

ok habis kisah kenaikan kadar tol!

now satu lagi isu yang heboh diperkatakan baru-baru ni. huahahaaa *disertai kesedihan tak bertepi --- kononnya* :P

tetiba ada orang up gambar ni;
kenaikan kadar yuran taska untuk bayi tahun 2016.
oleh persatuan tadika and taska tak silapnya.

mau semua ibu bapa tak melompat tengok kadar macam ni.
lebih ramai yang tak setuju la daripada setuju.

kalau nak compare sekarang,
taska ariana la sebagai contoh. swasta. standard putrajaya (even tempat lain ada lagi mahal sampai RM500 pun ada)
tapi yang ni kira average la ye.
tahun lepas yuran baby RM350 sebulan.
tahun ni naik RM450 untuk baby sampai before 2 tahun.
yang 2 tahun ke atas, RM350.
OT lepas pukul 6 petang, tak silap RM6 setengah jam.

kalau kat taska kerajaan kat ofis ni RM300 je seorang, tak kira baby atau toddler.
cuma tu la, queuenya panjang.
walaupun taska macam hotel dah nampak. lawaaaa *mata ada bentuk love love* :D

bayangkan la kalau yuran naik sampai RM600-RM1,000..
bagi parents yang hidupnya and gajinya sederhana saja,
duit gaji bulan-bulan buat bayar yuran anak je.
and if every year naik naik,
dah ntah bila ibu bapa tu nak meningkatkan taraf hidup and kuasa membeli diorang?
sama je la macam tu.
lepas tu ada pulak bagi komen 'membina';
"mak-mak berhenti kerja je, jaga anak kat rumah."
yang komen and bagi idea tu, SAHM la kot.
if only semudah yang dikata. haha
ai is tak de nak condemn SAHM, cuma harap dapat bagi cadangan yang lebih kritis pada masa akan datang ye.
awak dah selesa macam tu, awak harap semua orang sama macam awak.
tak ye.
yang kerja, yang jadi suri rumah, dua-dua ada tanggungjawab and peranan masing-masing. and priorities masing-masing.
kalau semua mudah and pilihan mudah, semua ibu-ibu pun nak quit their job and dok rumah jaga anak ok.
tapi may be ada tanggungan and expenses yang perlu difikirkan secara realistik.

lepas tu,
menteri PWKM dah keluar statement mengatakan TIADA KENAIKAN YURAN TASKA/TADIKA untuk bayi seperti yang dihebah-hebahkan.
yezza.
jangan nak jadi kapitalis naikkan semua fees atau harga sesuka hati ye.
kesian kat pengguna.

so parents semua bolehlah bertenang seketika. hahaha

oklah nanti sambung lagi.
toodles!

0 comments: