Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Friday, October 16, 2015

jalan-jalan di IOI city mall

macam ni la orang yang tinggal kat putrajaya.
kalau tak alamanda.. IOI city mall. kalau tak IOI city mall.. alamanda.
tak pun mydin. hahaha

ni hari rabu lepas time public holiday tahun baru maal hijrah
*salam maal hijrah!*
kitorang ke IOI city mall untuk pergi membeli hadiah birthday husband yang akan kunjung tiba tak lama lagi :D
ye sy tak de nak surprise-surprise..
tanya je apa yang husband nak, nanti kita belikan.
sama la macam family members lain.
nanti surprise sangat tak terpakai pulak hadiahnya.. lolx.

sebelum tu let's go eat.. dah lunch time kan.
tak tau nak pergi mana..
singgah kat manhattan fish market.
lama tak makan kat sini.

bergambar dulu macam biasa ;)

ramai gile orang, ok!
dah beberapa ketika menunggu, buku menu pun tak dapat lagi!
so lambai-lambai kat adik waiter tu, mintak buku menu dulu.
tu pun tengok menu tak tau nak makan apa.. hahaha.


kemain peace budak ni. kena ajar dia teknik posing lain la pulak :D



wani in brightt purple-pink.


lepas ambik order tu,
later-later sampai lah makanan kitorang.
kita tak ambik seafood platter yang besar tu.
kita order asing-asing. small portion la kiranya.

ni husband punya.. apantah nama dia. ada ayam, scallop, fries dengan apa lagi tu *jenguk dengan muka tak tahu haha*



mine. kari udang dengan sayur macam goreng tempura ke apa tu with roti :D

haha nama menu pun tak ingat ok.
canggih sangat or may be i'm too old to remember.

then ke parkson untuk beli hadiah husband.
al-kisahnya husband nak kasut.
sebab hari tu dia terbuang dua-dua pasang kasut baru dia wah haha.
dia bawak pi outstation.
then bubuh dalam plastik hitam.
balik rumah, letak plastik hitam kat tepi.
datang mood rajin, dia kemas rumah and buang sampah.
terbuang dengan plastik hitam berisi kasut-kasut tu haha.
so this time kita belikan dia kasut-kasut la sebagai hadiah birthday ;)

baru dapat sepasang ni kasut kerja,
sports shoes tak beli lagi.


sementara tunggu husband pilih kasut, melayan ariana kat kerusi.

ada la budak-budak lelaki main-main kat situ.
tua lagi daripada ariana.
sekolah rendah kot.
dia sibuk kacau depa.
buat macam kenal pulak tu.
nasib la budak-budak tu baik, merelakan je kena kacau. haha

apa lagi, nak mengira la tu!



kemain suka ko ye dapat keluar jalan. ahahah


then nampak dinding lawa kaler grey *i love grey!*
why not snap gambar sikit.
kenangan pun sebab tak banyak snap gambar time pregnancy ni.

ariana my mutup pomel and i. haha



i'm on my 8 months journey, peeps! jyeah.

next week dah masuk 9 months dah.
gile la, how time flies.

tu ariana paksa buat peace jugak. hadoii haha

siap perhati tu, nak pastikan mama buat peace. ahkaka

then sempat la singgah dua kedai lain,
lepas tu balik.
penat wohh berjalan ni, selang berapa minit je asyik nak ke toilet.
lepas tu bladder tak boleh menunggu langsung pulak tu.
if dah sampai panggilan toilet tu,
setiap langkah tu mesti rasa sakit menekan kat bladder. seksa woih.
tabahlah ibu mengandung di hujung trimester haha.
memang tak boleh keluar lama-lama la.
kena balik rumah, di mana toilet adalah beberapa langkah saja dengan anda ;)

ok sambung lagi nanti.
da daa!!

2 comments:

kesh says:
at: October 16, 2015 at 11:44 PM said...

selamat bersalin wani...kita pun 8 mths preggy gak. da start rasa lelah and can feel him between my legs already hah...

wani ezryl * says:
at: October 17, 2015 at 6:30 PM said...

tq, kesh. wah tak lama lagi jugak tu. hang in there, time-time ni memang kurang selesa sikit tapi nanti dah deliver, boleh rehat lama sikit :D