Wednesday, October 28, 2015

10 movies untuk oktober

selama ni tak tau pun sunway lagoon ada 'nights of fright' setiap oktober.
masuk tahun ni dah tahun ketiga kot.
'nights of fright' ni adalah some sort of festival ketakutan sempena halloween hahaha
(walaupun tak payah la nak percaya sangat halloween ni semua. but for fun nak pergi thrill2 jerit2 bolehlah).
sy pernah sekali je kot masuk scream park sunway lagoon.
tahun bila tu.. 2007 tak silap. tema 'prison break' masa tu.
menjerit-jerit kitorang dalam tu haha.
dah la 'hantu' tu siap jerit "yang belakang tu! yang belakang!" (sy yang paling belakang time tu)
'hantu' prison break cakap bahasa melayu ok, jangan main-main. kahh.
di 'nights of fright', lagi banyak haunted housenya.
kalau sy remaja ria memang pergi la kot, because of the thrill.
lagi seronok kalau pergi ramai-ramai dengan kawan-kawan.
harus masing-masing saling melekat dan tolak-menolak antara satu sama lain. :DDD

now sempena oktober,
ni adalah senarai 10 movies yang agak best la bagi sy.. untuk ditonton ramai-ramai bersama family/friends.
ambik feel katanya. haha
tapi movies yang sy pilih ni tak semestinya ghost movies.
dan tak de la super seram mana. cuma bila tonton tu, more to cosy feeling plus a bit of thrill.
and cerita-ceritanya memang best!
now here goes; 10 movies untuk oktober (recommended) :


1. thir13en ghosts (2001)
ok yang ini memang cerita hantu.
kisah satu keluarga ni yang hidup susah, mewarisi rumah yang super awesome daripada pakcik diorang. diorang tak tau dalam tu tempat simpan hantu-hantu.. sebab pakcik diorang ni pemburu hantu la lebih kurangnya. they won't see the ghosts kecuali kalau pakai spek khas yang ada kat dalam rumah tu.
what i like about this movie; make up hantu memang real and hantu-hantu dia memang mencemaskan.


2. hansel & gretel : witch hunters (2013)
kisah adik-beradik pemburu ahli sihir.
ceritanya memang menarik, tak de la seram mana cuma make up ahli sihir tu agak disgusting hahaha. more to adventure menghapuskan ahli-ahli sihir jahat.


3. wrong turn (2003)
sekumpulan anak muda naik kereta, salah masuk simpang, encountered dengan kanibal mutan.
agak gore la ceritanya. kalau tak suka cerita yang gore (ada darah-darah, potong-potong sini sana) sila jangan tengok. tengok cover CD je boleh. hee


4. the town that dreaded sundown (2014)
movie baru ni, tapi remake daripada movie lama.
tapi ntah kenapa tak famous movie ni macam conjuring semua tu kan. sebab best kot movie ni. ceritanya tentang pembunuh bersiri bertopeng di satu pekan kecil yang sibuk dok bunuh-bunuh anak muda. pembunuh ni copycat watak pembunuh bersiri dalam movie yang ditonton oleh penduduk pekan tu. pembunuh sebenar di sebalik topeng adalah quite surprising. go watch.


5. sorority row
ahha ni thriller remaja yang best untuk ditonton pada bulan oktober. xD
kisah sorority sisters (budak kolej) yang nak buat prank kat kawan diorang; tapi ended up salah sorang kawan diorang mati tanpa sengaja. lepas kejadian tu, sorang, sorang kena buru dengan pembunuh misteri.


6. make me shudder (2013)
hahaha kelakar kot cerita ni! (thailand movie.. what do we expect? :P)
cerita budak-budak sekolah jumpa hantu kat sekolah diorang. ramai ok diorang ni. bolehlah tengok untuk hiburan malam hari.


7. the orphan (2009)
cerita ni agak brilliant la. sebab kita memang tak expect plot dia macam tu. very the twisted one. haa. ceritanya pasal this family ambik anak angkat daripada rumah anak yatim. mula-mula ok la budak tu, tapi lepas tu dia mengancam keluarga angkat dia dengan bahaya sekali. siap ngorat bapak dia la bagai. siapakah budak misteri tu? kena tengok sebab super best.


8. drag me to hell (2009)
haha ye, cerita ni agak menggelikan. dengan lalat masuk mulut la apa. kalau korang tak tahan geli, jangan tengok :DD ceritanya tentang this girl kena sumpahan perempuan tua sihir. so lepas kena sumpahan tu, macam-macam la dia kena. kesian dia sebab tak bersalah. uhuk


9. fright night (2011)
ni remake cerita fright night tahun 1985. sy ingat lagi cerita yang tahun 1985 tu.. tengok kat rumah kawan pakai VCR player haha. old school sangat. well yang tahun 2011 ni moden sikit la, tapi plot lebih kurang sama. pasal jiran baru si charley (budak high school) yang baru pindah sebelah rumah dia, rupanya vampire. then charley dapat tau jiran dia vampire. siap pi menyiasat masuk rumah jiran dia lagi. so what will happen next? best ok. boleh tengok ni.


10. 1408 (2007)
last but not least, movie 1408. sy pilih movie ni sebab jalan cerita agak pelik jugak. kisah sorang penulis buku paranormal yang sesaja bermalam kat satu bilik hotel yang memang terkenal dengan kes-kes pelik kepada sesiapa je yang duduk kat bilik tu. memang pelik la. and interesting. nak cerita pun tak tahu, kena tengok sendiri. lolx



so there you go! 10 movies pilihan untuk oktober. sy tak de la nak tengok sekarang, kena kurangkan cerita seram-seram ni hahaha. ni untuk sesapa yang tengah cari movies best untuk ditonton.

ok till then! :D

No comments: