Thursday, May 09, 2013

the malaysia's election day

punyalah dah 4 hari berlalu baru nak update pasal election kan.
ai tak sempat, yu :P
tapi since election ni 5 tahun sekali, maka mestilah update jugak haha.

ni kali kedua sy mengundi.

undi kat former secondary school sendiri.
DUN shah alam ye :)
awal-awal jalan dah tutup, so kena berjalan sikit la ke sekolah.


muka tukang undi. belakang tu orang beratur nak check pendaftaran.



ni my mom tengah beratur. haha. sempat lagi snap kan.



mom, dad, faliq. faliq first time mengundi.

husband tak de dalam ini cerita, sebab dia mengundi kat banting.

kitorang sampai dalam pukul 10 kot (ntah tak tengok jam). lebih kurang la.
nak pergi awal, memang tak de la hari ahad hari malas-malas tu kan :P
bangun pagi goreng nasi dulu la, tengok tv bagai then baru siap-siap nak pergi mengundi.

sampai-sampai je.. hah hambik kau beratur punyalah panjang.


nampak je macam ni.. tak jalan ke depan lagi tu, sampai ke hujung blok ok.

alhamdulillah dipermudahkan,
petugas bagi pregnant mom ni ke depan.
so terus je la ke pintu depan, masuk mengundi.
orang tua bertongkat, berwheel chair pun diutamakan jugak.
yelah kami kami ni bukanlah berupaya sangat nak beratur lama-lama.


parentsku yang gigih beratur. barisan they all pun panjang jugak.



memang ramai ok. tapi tak pe, meriah xD

sebab sy dah habis mengundi dulu,
tunggu la family sy habis mengundi sambil duduk main games buat burger kat wakaf.
berbahang betul walaupun duduk kat tempat berbumbung.. berpeluh dibuatnya.
apa la cerita orang yang beratur lama kat luar tu kan.  mesti lagi panas.

ada lagi kesian sorang lelaki ni.
dah beratur panjang-panjang, dah siap masuk nak mengundi..
tetiba rupanya salah pusat mengundi. kena undi kat sekolah rendah. yang kitorang ni kat sekolah menengah.
awat laa petugas yang jaga kat pendaftaran tu tak bitau dia salah tempat masa check mula-mula tu kan. tak perasan kot.

and memang layak la berbahang,
sebab petang tu hujan lebat. hahah
nasib baik dah pergi mengundi pagi tu.
kalau tak, memang kena tempias :P


tahun ni kena calit dakwat biru sebagai bukti kita dah mengundi.

macam-macam isu pasal dakwat ni.
tak kekal la, itu la, ini la.
siap ada yang buat report polis lagi sebab dakwat tak kekal.
memanglah woih, yang kekal tu Allah s.w.t. je. dakwat memang la tak kekal. lolx

SPR tried their best dah.


dan pagi esoknya, orang berpusu-pusu beli newspaper!! haha. nak tau result mengundi.

masa keluar result kat tv tu kan, dalam pukul 11-12 sy dah tertidur.
tak tahan mengantuk woih nak tunggu.
dah la isnin tu kerja.
korang yang kerja kat selangor tak pe la dapat cuti isnin kan.
ai kerja putrajaya.
so krohh krohh, bangun awal pagi check fb kalau-kalau ada yang letak status siapa yang menang. haha
last-last tau selangor dapat kat PR.
lepas tu gerak la kita pergi bekerja. nak tunggu diorang umum siapa menteri besar selangor je lepas ni.

No comments: