zomaigard lajunya masa memecut kan. lolx
perut makin besar, makin susah nak bent down.
pastu jalan merata, drive lagi, memang lenguh la kaki ni.
kalau solat kat rumah tu memang stok solat duduk je la sebab susah nak tunduk semua.
kat ofis je solat macam biasa sebab tak de kerusi kan. so buat slow-slow.. hihi
start bulan kelapan ni dah mula minum air kelapa muda.
orang cakap nak bagi mudah bersalin, minum air kelapa rahim boleh mengecut, senang nak keluar la katanya. wallahualam. plus kulit anak jadi bersih. yang tu pun tak tau. kita ni berusaha je kan. Allah yang menentukan. yang tau, air kelapa muda sedap. huahaha.
so isnin tu balik dari ofis tengok tak de pakcik yang jual air kelapa muda fresh tepi jalan.
biasa dia ada. cuti sempena election kot. haha
husband sy gigih berhenti kat gerai makcik sorang ni..
makcik ni asalnya jual air kelapa dalam tong tu je. yang dah siap bubuh gula dengan ais tu. alah yang segelas seringgit tu. haha
tapi husband nak turun jugak kereta, tanyakan ada tak air kelapa buah.
ada ok.
gigih la pulak makcik tu membelah kelapa. hahaha
husband tengah tunggu makcik cari buah kelapa dalam kereta dia :P sy stalk dari dalam. |
kalau korang nampak la.. objek kecik kat hujung meja tu adalah makcik yang tengah duduk gigih memarang buah kelapa :P |
makcik tu siap rasa manis ke tak. kalau tak manis dia nak belah buah lagi. tapi alhamdulillah manis. dapat la sebungkus air kelapa muda pure. |
sebungkus RM4.
so balik tu minum, share dengan husband.
sambil makan nasi putih, kari udang, ikan goreng garing, kangkung goreng kicap dan terung goreng.
haih memang sedap la.
thanks kat husband yang belikan air kelapa, and thanks to mom yang masak kari & kangkung sedap :)
semoga baby ni sihat dan awesome sebab dapat makanan & minuman yang kaya dengan kasih sayang. heh hehe.
No comments:
Post a Comment