Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Wednesday, May 01, 2013

settling our home

ni entry tertunggak.
cerita yang dah lepas.. lolx.

sekarang kan kitorang tengah masukkan barang sikit-sikit dalam rumah baru.
so ahad lepas datang la lori hantar sofa.
lori tu tolong angkut katil lama kitorang dari rumah kat shah alam ke putrajaya.
sofa pun beli seketul je. yang 3-seater.
yang nak duduk pun husband and i saja. so tak beli banyak. kita budget-budget sudahh :P
later if nak tambah lagi, kitorang akan beli.

tu dia lori dah sampai. nasib baik muat masuk lif. haha

then ada beli kabinet tv DIY.. pastu ada hadiah kahwin yang dapat rak DIY tu kan.
husband pun pasanglah semuanya ahad tu.

tengah memasang.

kalau beli barang DIY ni murah sikit.
cumanya kena pasang sendiri la.


parents sy pun datang, tolong pasangkan balik katil. hihu

lepas habis semua tu husband pergi ofis pulak.
kerja pada hari ahad. gigih sangat.
kesian dia kelaparan sebab tak sempat makan.
masuk kerja dah pukul 2pm. balik rumah dekat jam 7pm.
so before he got home tu sy masak la sikit-sikit untuk dinner. ayam merah dengan sayur sambal goreng.


ni gambar roti canai telur yang sy makan ahad lepas kat seksyen 20.


 
ni pulak time makan kat kedai makan amsa lepas balik hantar barang kat rumah baru.

sedap woih nasi campur kat amsa. amsa ni kat seksyen 19, shah alam.
dekat je dengan rumah sy.
lauk-pauk dia macam kat rumah. sedappp.
kalau yang goreng-goreng pun sedap jugak.
drooling pulak tengok gambar ni.
ikan kicap, terung berlada, timun. fuhh.

k lah lenguh belakang dah ni.
sambung nanti. daa!

0 comments: