Tuesday, May 14, 2013

kenduri perkahwinan keluarga

hambik, tajuk tak boleh lagi formal daripada ni.. haha.

well basically my weekend was a hectic one because we're celebrating a wedding of two couples; my SIL + her husband, and my BIL + his wife. SIL is kak nora and BIL is faiz. tahniah kepada kedua-duanya! xD

keluarga husband adalah orang jawa.
knowing javanese, culture majlis perkahwinan mereka adalah meriah super meriah.
kenduri adalah selama 2 hari; sabtu dan ahad.
jadi aktiviti gotong-royong (atau 'rewang' yang dipanggil dalam masyarakat jawa) sudah bermula pada hari jumaat.

ok photos time!! :)


ni yang sy makan tengah hari sabtu. ada sup ayam, yum yum. bagi banjir itu pinggan dengan sup ayam panas!! :D



husband adalah super busy sepanjang weekend.



hah ni la suasana rewang. ramai kan. sekampung datang ni :)



husband buat QC kat air oren hahaha.



team memasak. team memasak ramai. ada masak kat sini, ada masak kat belakang hujung.



team potong-memotong.



team potong-memotong 2.



cik wok tengah masak.



pemandangan rewang dari belakang rumah.



husband beralih ke belakang mencuci pinggan. last-last tinggal dia sorang. so sy teman dia sampai maghrib. nak tolong, tapi tak boleh nak membongkok. HAHAHA. duduk je la situ teman.



awal-awal diorang dah gali lubang besar untuk dispose segala jenis sampah time kenduri. brilliant.



menu untuk 2 hari. sy yang tulis menu ni.. ihihi. (familiar handwriting, no?) ;]



pindahkan daging kicap ke bekas kecik.



malam sabtu.

as i mentioned,
hari sabtu tu dah start kenduri.
so siapa-siapa yang tak datang ahad, boleh datang hari sabtu.
malam tu pun ada karaoke. karaoke sabtu ahad la kiranya.. hahaha.
asal plan nak buat pertandingan karaoke malam tu, tapi tak jadi.
so hadiah karaoke digabungkan sekali dengan hadiah cabutan bertuah pada hari ahad.


sempat la bergambar berdua dalam sibuk-sibuk tu.

keesokan harinya..
hari ahad.

ni lauk kenduri hari ahad.

kenduri kat sana, pagi dah start.
seawal pukul 10 pagi orang datang.
sama macam tugas hari sabtu, hari ahad tu sy menyambut ketibaan tetamu and bagi goodies untuk yang nak balik.
tapi mak ayah mertua tak bagi gerak or berdiri sini sana.
so sy duduk la sambil pegang duit yang orang bagi. memang banyak gile envelopes duit. nasib baik ada beg untuk isi. yah haha.
beg tu pun berapa kali salin, tuang envelopes duit dalam main box kat bilik. bilik tu kunci rapat-rapat ok.
tau je la kenduri. ramai orang. precaution supaya kecurian tidak berlaku.

then family sy pun datang.
lepas pukul 1.30 tu sy surrender la, tak larat dah nak tunggu kat goodies. haha


bergambar dengan dua pasangan pengantin.

yang kiri tu kak nora and her husband, iwan.
yang kanan tu faiz and his wife, ina.


ok dah. mari rehat. signing off!!

No comments: