Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Sunday, May 26, 2013

moja's wedding

hari ni telah pergi ke wedding moja, kawan faliq.
wedding ni side perempuan, sebab kalau side lelaki tu jauh kat johor.
so kitorang follow rombongan lelaki la,
since orang johor tak ramai sangat. maka kita ramaikan lagi rombongan tu. mah haha


ni moja & wife, nadia.
time ni baru sampai,
duduk kat luar tu tengok orang silat.
pastu baru diorang masuk dalam.
cuaca adalah hotto. nak cari air dengan buah je time tu.
tak de benda lain dah fikir. haha


my plate.
walaupun nampak lauk simple;
nasi minyak, kuah kari dalca, ayam goreng rempah dengan daging minang..
tapi sedapnya, pehh! memang serius sedap.
pulak tu ada tembikai.
memang melengkapkan seleraku bahaha.
air apa sy tak tau, tapi air dia sedap jugak.


ni lah dia daging minang tu. sedap weh, terkenang-kenang sampai sekarang. tsk.



satu family datang. faliq ada, tapi lepak dengan geng dia.



my mom and i. sorilah, muka sy melekit sebab panas. HAHA



pastu ada sesi karaoke.
makcik di atas ni,
time DJ umum sape nak karaoke,
laju je dia menuju ke sana.. siap menari-nari lagi. haha
ye, menari sebelum nyanyi.
pastu ada la dalam 3 lagu dia nyanyi, 1 tu lagu duet.
pas makcik ni, ada sorang pakcik pulak. nyanyi 2 lagu.
dah lepas-lepas tu sy tak tau siapa, sebab kitorang balik dah :P



wedding favour. comel kan! ^^

sebenarnya sy suka wedding favour guna paperbag macam ni.
masa diorang tunang dulu pun style camni jugak, tapi diorang pakai yang brown paperbag tu.
sangat seni. sangat comel. for me la :)

congrats to moja & nadia.
semoga berbahagia selamanya aight!!

0 comments: