Saturday, May 04, 2013

the busy sabtu

gambar permulaan; keju tengah tido bergulung :P






huii bahang betul malam ni.
adakah kerana bahang pilihanraya yang mambakar-bakar semua orang? *bukak aircond laju-laju*
ok tak de kaitan :P malaysia memang tengah summer.

hari ini boleh kata agak busy jugak.
pagi, pergi maternal check up. appointment pukul 9, dekat pukul 12 baru jumpa doktor.
ramai orang kot.
akak yang duduk kat seat sebelah rajin sungguh berborak. kak ana namanya. so layan dia borak sambil-sambil pergi toilet, sambil-sambil main games buat burger, sambil-sambil husband pun cilok handphone sy sebab nak main games buat burger tu :DD

lepas tu balik rumah in laws kat banting,
ada majlis akikah. so they all buat marhaban, tahlil semua sekali.
pukul 3 start. habis around 5.
malam ada doa selamat pulak untuk kaum lelaki. yang siang ni marhaban perempuan.
so tolong sikit-sikit then petang tu jugak ikut parents balik shah alam, sebab esok ni nak mengundi kat shah alam.

tinggal la husband ai kat rumah in laws.
kami dipisahkan oleh dua pusat mengundi berbeza :P

sempatlah MIL bungkuskan lauk-pauk kenduri yang maha banyak untuk kitorang tapau balik. thanks, mak! :) main aim lauk haruslah ayam kicap berempah orang jawa buat. sedappp.

balik rumah kemas kereta kejap.
buang sampah sarap.
hazab tengok kereta sendiri dah serupa lemari penyimpanan barang (bak kata rossa dalam iklan radio).
tu belum masuk habuk berapa inci kat luar kereta. berapa bulan tak bercuci tu.

then nampak keju (kucing sy).
dari semalam tak nampak batang hidung dia.
hari ni ada pulak kat depan rumah tu.
so sebab free, mandikan dia dengan air water heater dan syampu kucing anti kutu. HAHAHA
tu yang bergulung je dia dalam gambar kat atas sekali..
sedap agaknya dah mandi, dah makan, sejuk sejuk jadi kena gulungkan badan :D

so dapat texting dengan husband je la.
insyaAllah esok dia mai shah alam lepas habis urusan kat banting.

macam mana laa agaknya suasana hari pilihanraya esok ni?
dah serupa mood hari raya gamaknya. haha

yang penting, undilah dengan bijak.

tata. *bergulung jugak macam keju*

No comments: