Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Sunday, August 16, 2015

life update pada hari ini

tabahlah ye, entry hari ahad ni tak ada gambar. lolx

hari jumaat hari tu agak geram la jugak.
sama-sama share geram dengan husband.
alkisahnya husband kena pergi outstation.. dari khamis sampai sabtu.
they all pergi ipoh naik bas.
patutnya program habis jumaat, tapi nak dijadikan cerita, yang naik bas ni semua tak dibenarkan balik sebab katanya dah bayar sampai hari sabtu. nanti rugi dah bayar.
thing is, yang naik bas tu tak sampai 10 orang.
and bas pulak berbondon-bondon pergi sana. 5 buah? rasanya 5.
dah tu urus setia yang plan program, if awal-awal tau program habis jumaat, kenapa nak extend sampai sabtu?
wasn't it a bad planning and merugikan duit dari awal lagi?
dengan bas yang banyaknya and orang naik sikit sangat.
yang lebih menggeramkan tu, orang yang cakap tak boleh balik tu la yang balik dulu senyap-senyap sebab bawa kereta sendiri. whattttt
rasa nak melaksanakan lempangan padu berdas-das ahaha

i kinda miss the jamuan raya PPTD on friday sebab husband outstation kan, nak kena jaga ariana.
patut kena bertugas LO dengan yang lain.
tapi tak pe lah, i already informed AJK besar and being excused.
yang kelakar tu sy sendiri tak tau nama program PPTD tu diambik sempena nama yang sy cadangkan hari tu kat group PPTD! i already forgot about that. lolx
sampailah keluar announcement minta sy dapatkan hadiah sebab bagi cadangan nama tu.
oh terima kasih banyak PPTD.
walaupun sy tak sempat nak attend.

weekend ni tak duduk rumah semata.
after husband balik dari ipoh, kitorang shoot ke shah alam nak pergi fitting baju untuk wedding faliq 23 ogos ni.
then petang tu sempat la ke tesco beli barang.
sabtu was hectic.
tu yang ended up sakit-sakit badan.
sakit belakang la, sakit pelvis la. merata sakit.

hari ni ahad pergi banting pulak ambik kerepek pek-pek kecil untuk wedding jugak.
such a gamble, sebab pergi book kerepek tu tak pergi rasa (food testing) pun apa.
minta tolong ipar duai pergi book and bayar pendahuluan.
sebab sibuk dulu tu tak sempat nak pergi.
kawan pun yang suggest kedai kerepek ni.
in the end sampai sana, terjumpa kedai kerepek lain yang lagi best AHAHA
tapi yang dah siap book tu kita ambil je la.
kita beli kerepek lain kat kedai lain untuk hidangan atas meja tetamu je.
siapa yang datang bolehlah rasa, memang sedap kerepeknya. :D

sy memang nak settlekan minggu ni laju-laju.
because we'll be doing this big seminar on thursday,
and the seminar is kinda under my responsibility.
dengan nak berkonsep tradisional lah bagai haha
ada silat dengan pemain muzik live dengan hadiah bunga telur.. pulut kuning..
mana ko nak jumpa seminar gitu sekali tema dia?! *menangis di sudut sebab risau*
doakanlah berjaya ye.

after this week, everything should be okay.
at least lepas seminar habis la.
bolehlah ai memberi tumpuan kepada wedding faliq and my maternity check up.
lepas ni fokus untuk maternity je. barang apa pun tak beli and baju baby pun tak basuh lagi.
nampaknya niat nak ke baby expo kena ditangguhkan sebab nak guna duit untuk kereta.
hari tu eksiden kan, so depa cat belah depan je.
tak nak kereta kelihatan cacat tepacat, kenalah berkorban bayar untuk cat the whole body. tsk.
now duit extra ai dah tak de la untuk shopping maternity. :'(
at least before next gaji masuk.
belanja lain tu insyaAllah boleh cover.

our house hunting mungkin akan proceed,
cumanya rumah yang kitorang tengok that day mungkin tak jadi beli.
sebab ada keraguan and husband cakap nak beli corner lot.
corner lot dia dah habis. hahh
semalam pergi tesco ada this company promote, dia buat program perumahan separuh harga untuk rakyat malaysia . hm mencurigakan.
mencurigakan sebab banyak projek landed yet harga murah.
lepas tu nak kena register on spot and bayar RM500 book.
tempat tak tau lagi kat mana.
bila kita minta contact number, tak nak bagi.
tidakkah itu mencurigakan.
bila dia tunjuk fail dia, memang ramai dah register.
so guys, berhati-hatilah bila nak register rumah.
kalau nampak mencurigakan, better check dulu dengan KPKT ok.
tunggu lama sikit tak pe, asalkan dapat rumah yang betul ada and asalkan puas hati.
sebab rumah sekarang bukan murah-murah, semua setengah juta kekdahnya kalau nak lokasi bagus.
and kena rajin check even before projek launch.
poning den pasal rumah ni haha
sementara tu kita duduk kat kuarters je la dulu ye.
bulan-bulan bayar RM550. hahaha

k till then!
macam-macam pulak cerita masuk 1 entry.
sebab malas nak buat entry banyak :P
dasar pemalas. haha
bye!

2 comments:

catt says:
at: August 17, 2015 at 11:13 AM said...

As-salam,

Saya ni silent reader.hehehe..

Yang pasal rumah tu, memang ade yang quiry gak..agak viral dekat FB..

better jangan beli sebab tempat tak pasti lagi.. kalo jauh dari tempat keje kite macam mana..hehehe

have a good day..salam sayang ke Arianna.

wani ezryl * says:
at: August 17, 2015 at 10:29 PM said...

wslm wbt. hi catt! :) memang tak beli, tapi tengok ramai yang register even though tak tentu lagi rumah tu kat mana or macam mana. semua orang eager nak beli rumah agaknya. harap tak ada yang tertipu.

thanks for reading!