Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Monday, August 17, 2015

lama tak post bulky food entry

mah hahaha *gelak kak mah? er.*

sempat lagi tu nak post entry pasal makanan.
lately ni kurang nak snap gambar masakan sendiri.
may be sebab kadang tu masak benda yang sama je.
since ariana bukanlah boleh makan semua benda yang adult boleh makan (i.e makanan pedas).
jadi kalau dia suka satu-satu dish tu, kita masakkan lah sekali untuk kita makan jugak.
tu pun tengok-tengok jugak la, kadang dia nak makan kadang tak. lolx

so here goes. gambar makanan :P


tempe goreng crunchy yang super sedap serius tak tipu.

resipinya simple aje, blend kunyit hidup, bawang merah and garam.
lumur kt tempe yang dipotong kecik-kecik.
goreng.
bau dia.. fuh! semerbak satu rumah.
sy yang tak makan tempe ni pun jadi boleh makan. kahkah
ariana suka ni. husband pun.
memang javanese dua orang tu. lolx


time goreng tempe tu, makan dengan sardin, ikan goreng dan sayur kangkung.

tengoklah mood.
kadang kalau rajin and bahan-bahan banyak dalam fridge,
masak banyak lauk la. (yang simple aje)
kalau tak, masak satu lauk pun tak pe.


mi goreng seafood + ayam.

bulan syawal ni memang kerajinan masak mi goreng. ahaha
yang gambar ni, masak kat rumah shah alam.
mi ni masak and makan banyak kali pun tak pe, sebab sedap.
yang penting kena generous letak rencah and bahan-bahan.
teringat time makan 'mi goreng bodo' kat pwtc time pesta buku dulu.
kosong sekosongnya dengan rasa mee kapur barus tu wekk (ok sorry, mi) T_Tv but that's the truth.
padahal yang jual tu cawangan hotel kot.
tapi sebab makanan kat sana limited, terpaksa beli jugak untuk alas perut.
no more bland noodles for us.
pilihlah mi anda secara bijak.


wee hoo mi goreng basah.


and ini salah satu dish yang ariana akan makan :

ikan cencaru goreng belah belakang dengan sup sayur petola.

memang suka dia.
ikan tu gaul habis dengan nasi. dengan sup.
ariana asyik mintak nak nak je.
tapi tak tau la kot musim je kan.
esok-esok nak makan benda lain pulak. lolx


and the other day sy ke KL atas urusan kerja.
singgah menapau nasi beriyani insaf jalan TAR my favourite!! *menangis terharu*
bukan selalu dapat makan nasi beriyani insaf ni.
insaf ai dibuatnya.

i loooooove the ayam goreng.
tasted great like ever.
cuma harga je la yang boleh buatkan kita ni tertiarap.
jadi makan sekali-sekala tak pe.
makan hari-hari mau kopak poket.

this is heaven on earth. gitu :P



tengoklah ayam gorengnya tu! siapalah yang sanggup menolak??!



ni gambar ai tengah masak daging goreng kunyit.

yang ni pun masak sebab ariana boleh makan.
gaulkan dengan nasi serdak-serdak dia tu.. dengan bawang and kentang.
lepas tu carik daging sikit.
makanlah dia bersuap-suap haha.
kalau tak fikirkan nak share makan dengan dia,
sebenarnya teringin nak masak and makan daging masak merah.
sebab lama kot tak makan.
rinduu.

last but not least,
hidangan menyokong regim diet husband. haha
ni dia, salmon grill dengan lobak kurus and kentang semua grill.
sebab time masak tu agak pemalas, pakai sos blackpepper life je, panaskan campur dengan sikit air.
hahaha (tips pemalas untuk menghasilkan sos sedap :DDD)


husband punya je. sy makan nasi. cannot live without nasi haha

ehh habis dah gambar-gambar makanan kita.
tengok lain kali pulak tahap kerajinan nak masak atau snap gambar tu.

till then!

2 comments:

syira says:
at: August 18, 2015 at 11:36 AM said...

sedapnya mee goreng ko, lama tak makan

wani ezryl * says:
at: August 18, 2015 at 8:04 PM said...

bila2 nk dtg rumah meh la syira, nanti kta masakkan mi goreng.