Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Monday, August 31, 2015

before weekend

selamat menyambut hari kebangsaan, semua!! xD

entry ni adalah kisah-kisah (more to photos) terkumpul sebelum extended weekend ini menjelma. haha
biasalah kan, macam tak tau si wani e ni suka kumpul-kumpul gambar banyak-banyak,
bila rajin baru nak update.
ni merdeka pun tak de perasaan nak lukis merdeka doodle ke apa.
punyalah pemalas tu. :P

oklah tak nak banyak cerita.
on to the photos!

ni time dating dengan husband khamis lepas.

suddenly text husband, cakap lama tak dating and nak ajak lunch.
lantas pukul 1 lebih beliau datang dari kejauhan sebab nak lunch sesama.
walhal dia tengah sibuk nak prepare event tu. punyalah baik.
kitorang pun pi la makan lunch.
dekat je dengan ofis, kat restoran mat ayam kampung.
teringin ayam kampung goreng dia yang sedap tu. haha
sy kalau pergi sana memang ni je la lauk di pinggan :


ayam goreng kampung panas-panas, lala masak lemak dan ulam kacang botol.


daripada kisah makan kat restoran mat ayam kampung,
kita ke kisah ariana pulak yang kalau merajuk akan tutup mata hahaha
kebetulan hari tu tersnap dia merajuk ke apa sebab husband tak bagi dia hisap jari kot.
kemain dia pejam mata.
mulut siap katup tu. *ketawa berderai air mata hahaha*
(ariana, esok dah besar, bolehlah tengok balik gambar ni. lolx)


hah tengok tu kemain katup mulutnya.



ada la beberapa ketika dia macam ni lolx

tapi nanti kitorang sakat dia, dia akan tergelak balik.
lepas tu terus lupa.
tapi pandai jugak tu.
kalau dia nak hisap jari dalam kereta,
senyap-senyap je dia menyusup kat bawah and duduk diam.
tau-tau rupanya tengah hisap jari!!
k fine. :B


musim cempedak, yaww!

sedap wehh cempedak.
yang kat atas ni goreng sendiri.
beli buah cempedak paling kecik kat pasar presint 8.
dalam tu ada la dalam 10 ulas.
goreng dengan batter tepung adabi campur tepung gandum.
sy sorang je makan, husband tak berapa suka cempedak.
dia suka pisang goreng tanduk.

then jumaat petang kot..
pergi ke tempat makan rahsia kitorang.
time tu kenyang lagi ok.
so tak terasa nak order goreng-goreng ke apa.
rasa nak makan sate dia yang super sedap itu.
tapi rasa macam lainnn je.
ke dah tukar orang??
orang tu cakap ni sate willy. harga 90sen.
gilabapak mahal.
tapi memang tak sama pun dengan sate yang dulu.
takut orang yang jual sate dulu tu dah tak de. pindah ke.
aaa tidakkkk.


sate willy pun sate willy lah.

walaupun memang la sate willy ni ok sedap and ramai cakap best.
tapi sy still suka lagi sate kat tempat rahsia yang lama punya.
sate tu sedap sangat ok.
oh sate di manakah kauuuuu.


di tempat rahsia, husband order mi hun tomyam. udang punya banyak dalam tu. pedas and pekat.

ariana sibuk nak rasa.
bila dia cicip je tomyam tu, terus muka berubah. haha
terus tangan dia tergapai-gapai mintak tisu.
kenapa tisu? haa nak lap mulutlah tu sebab pedas.
terus sy bagi air.
lepas tu baru lap dengan tisu.
orang dah cakap pedas tamao dengar.
tapi biarlah dia rasa untuk experience. hihi

then gambar-gambar kat bawah ni semua gambar homecook.
time terasa nak memasak tu, kita masaklah.
tapi lauk pun simple je.
i told my husband;
"perasan tak kat drama-drama melayu, kalau scene makan tu mesti lauk 5-6 jenis atas meja.
alangkan cerita drama pukul 7 yang dalam family; bapak dia pemandu lori and mak dia pembantu rumah tu pun kalau makan lauk 5-6 jenis. kita ni 1-2 lauk je hahaha."
kan. apa ke banyak sangat lauk dalam drama tu.
kau biar betul jah. :P

daging masak kicap bersama kentang.



sayur bendi goreng. lama tak masak ni. sebab lama tak beli bendi pun :P



potato cake.



grill sekali ayam dan carrot.



the grilled units.



potato cakes yang dah di-pan fry.



piring kecil sy. xD

ada lagi masak-masak tapi tak snap gambar.
so tengok mana yang ada je la. haha

ok sambung lagi nanti! ;)

0 comments: