Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Monday, February 02, 2015

hari istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan

selamat hari-cuti-ganti-hari-wilayah-persekutuan!! *mercun meletup-letup*
hihihi.
akhirnya dapat cuti merehatkan diri daripada sakit kaki akibat pakai kasut hitam oversized :P


istana negara - inside.


semalam adalah hari istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan (correct the name if i'm wrong).
and yours truly bertugas di istana.
tapi tak iring siapa-siapa pun, dok bertugas dalam balairung seri.
where you can see clearer picture of the custom event hehe.
and kerja kat balairung ni sibuk time nak start event tu je.
lepas semua orang dah masuk and seated, boleh bertenang dah.
kalau yang jaga VVIPs dan VIPs memang kena tunggu sampai (V)VIPs yang diescort tu balik.
kena hantar pi dewan santap, kena tolong tangkapkan gambar (kerja tambahan), bawak kotak pingat (kerja tambahan) etc etc. kerja orang penting tu.
ai ni marhaen aje. haha

buttt seeing everyone in happy faces and pretty dresses adalah awesome!
banyak baju-baju cantik; yang bersulam, yang lace, yang bling-bling.
yang bersari pun cantik sangat.
boleh kata semua memang cantik! mungkin baju-baju yang ditempah khas untuk event ni je. :)

with the number 1 uniform. nasib baik muat!

baju ni dah lama tak kupakai.
since konvo lepas kot.
syukorrr muat lagi. bahaha
tu pun macam dah ketat kat kain. GREAT. just great.
tahun depan boleh renew saiz baju baru lah macam ni (apa la wani, bukannya nak bersenam!)
:D

dewan santap/makan.



kat hallway.



dengan tini and maisarah.



dalam tandas istana pun sempat tangkap gambar! HAHAHA

apa barang kan tangkap gambar dalam tandas shopping mall.
kita up sikit snap dalam tandas istana. *pangg!*
tandas istana harus la lawa.
pintu dia dah serupa pintu rumah kita yang kayu keras tu. whattt.
ada sofa. kat setiap sink ada 2 pencuci tangan dengan bau berbeza dan lotion tangan.
bunga sekali.
haa special tak tandas istana. haha


sempat goofing around kat tangga HAHA

bila dah ada 'art director', memang macam-macam pose la kitorang ni.
abaikan kitorang ye. hihi


bersantai di pantai. eh. minum ringan di kafe istana dengan geng POPP.



sempat lagi tu bergambar dengan hulubalang istana. haa zaman-zaman moden ni pun ada hulubalang lagi okeh.



last but not least, chipped in bergambar dengan (datuk) jackie chan. haha

sebenarnya ada dua (2) celebs yang dapat penganugerahan datuk ni.
seorang ustaz selebriti (i dunno either dah boleh reveal ke tak sekarang ni. tak pe la korang search sendiri la nanti ye hihi) and jackie chan.
gambar jackie chan kat istana dah viral kot semalam.
and macam biasa, siap ada (orang yang dengki kot?) pertikai kenapa dia dapat. haha
biasalah tu. dengan orang luar pun nak dengki jugak hadoi laa.
tapi diri sendiri tak insaf, sumbangan apa yang sendiri dah bagi kat negara.
setiap yang dapat penganugerahan ni of course la ada orang nominate.
tak nominate tak dapat, dik. then ada screening process semua.
so if he deserves it, then he deserves it.
tak payah ko nak pertikai-pertikai anugerah yang DYMM SPBYDPA (Agong) bagi.
ko tak dapat pingat, dok diam-diam situ. haha
*sorry la geram sikit dengan puak-puak macam ni. semua pun tak puas hati. hidup sedih sangat kot.* :P

habis event, balik tumpang raja ke kl sentral.
biasalah kalau nak tunggu bas agak 'bercinta' sikit.
nak tunggu semua habis baru boleh balik.
so kita naik ERL je lah. hihi (thanks, raja!)

habis dah cerita kat istana.
till then!

1 comments:

kaizenDaGreat says:
at: February 2, 2015 at 12:47 PM said...

Hahaha. You are welcome wani.

And thank you sebab ingatkan aku sorang je yang berfikiran macam ko... question macam "macam mana dia dapat? apa contribution dia?" dan segala mak nenek soalan mempertikaikan orang tu...

orang nominate, screening, and there goes the anugerah... xyah susah2 hati sibuk dengan layak tak layak orang tu dapat. Next time calonkan diri untuk anugerah tu... kihkihkih...