Sunday, February 08, 2015

kenduri 1wilayah 2015 - putrajaya

 hey, sunday! you're back! *lolx bercakap dengan hari. BAIKLAH!*

semalam adalah hari kenduri 1wilayah peringkat putrajaya (in conjunction of hari wilayah persekutuan).
bekerja di kementerian wilayah persekutuan,
bulan februari adalah bulan yang sibuk untuk kitorang.
macam-macam event hari wilayah ni.
tapi kenduri should be aightttt. sebab makan-makan kan.
who doesn't love kenduri?
people gather, people eat, people get lucky draw.
haa kenduri putrajaya ada lucky draw ok.
grand prize adalah kereta. lepas tu ada lima buah motor. 100 basikal. barang elektrik lagi.
semua adalah sponsored, bukan duit rakyat ye (before anyone makes speculation and keeps blaming the government for everything again. HAHA).

husband and ariana pun datang memeriahkan majlis jugak.
semua warga putrajaya dijemput.
memang super ramai ok.
bayangkan kenduri yang sebenar.
kereta park kiri kanan jalan.
ada RELA (this time sy tak sure RELA atau orang PPj yang jaga traffic).
ada telematch semua. memang meriah.


the banner.


tapi sebelum hari kenduri on saturday,
jumaat lagi orang dah turun rewang.
termasuklah kitorang kat ofis ni.
habis office hour bawak pisau ke kompleks futsal presint 18 (oh it's where the event took place).
potong memotong.

letak sekeping je la gambar diri sendiri dan kawan-kawan sedang memotong bawang.

where's me?
yang tudung purple tu. lolx
dapat pulak bawang merah kecik yang bawang india tu.
memang mendapat la ko potong bawang kecik. bahaha
tapi anehnya tak 'menangis' pulak.
kalau rewang kat kenduri kampung husband, menangis aje.
my theory; may be sebab kulit bawang tu semua atas meja.
so tak direct contact dengan mata.
kalau rewang kat kampung tu duduk bersimpuh.
bawang dalam bekas atas tikar. senang termeluwap kena kat mata.
hahahaha siap ada teori mata pedih ok *gelak guling*


malam pulak aktiviti memasak. kacau en. fahmi, kacau! :D


dan gambar-gambar the next day :

gambar pada awal pagi. since 7.30 dah buka pendaftaran.



gambar pinjam. ku nan tengah baca speech.

yosh ku nan (YB menteri wilayah persekutuan) pun join sekali.
being in the ministry, untuk kenduri ni la,
tau la kita betapa humblenya YBM (bukan kipas mahupun turbo aircond).
memang YBM sendiri request lauk kenduri tak nak beza-beza.
dia nak makan sama-sama dengan rakyat.
semua buffet ye, tak de dome pun. even untuk VVIP.
pinggan pun nak polisterin je. tu yang YBM request.
sy tak jaga VVIP, tapi walaupun YBM cakap pasal pinggan polisterin tu, may be JK induk ada sediakan pinggan kaca jugak. protokol dijaga. hehe


tolong kejap kat booth rumah PPA1M.

permohonan dah buka untuk unit-unit rumah kat bukit jalil.
yang nak memohon tu bolehlah masuk website kementerian wilayah persekutuan for details!

i technically divided myself into two yesterday.
sebab bawak family kan. and at the same time bekerja. kahkah
pergi sini sana, kejap cater untuk kerja, kejap cater untuk family. :DDD


asalnya gambar ni nak snap untuk masuk instagram selfie contest, tapi dah terlambat. so tak hantar la.


acara kemuncak adalah cabutan bertuah grand prize.
sebab hadiah kecik-kecik (tak ada kecik mana pun sebab tv LED, mesin basuh, peti ais, ipad bagai. haha) dah distributed lebih awal.
patut pun ramai gile orang.
makan free. hadiah best. kan! xD
kitorang pun dengan separa pengharapan (sebab wani e ni kadang-kadang je menang cabutan bertuah ni HAHAHA), bersama-sama kat tepi tu tengok cabutan.
tak ada menang apa-apa pun kitorang hihi.
tahniah kepada yang dapat kereta. memang bertuah betul!

balik rumah terbongkang kepenatan :P
sekian.

No comments: