Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Friday, February 13, 2015

3rd year anniversary

apa, dah 3rd year?? *buat muka dramatik di tepi restoran serai sambil menempah makanan. hahaha*

sebenarnya ni backdated entry.
anniv kitorang 10 februari lepas.
ni baru sempat nak post. lolx

alhamdulillah for the three years.
and more years ahead! insyaAllah. xD

hari selasa tu berlari-larian jugaklah.
sebab selasa is my hari pasar kan. sempat lagi tu pergi pasar.
dengan tak ada hadiahnya apa.
lepas pasar terus rush pergi alamanda *haa 'the flash' sangat. laju tu! rofl!*
cari hadiah. hadiah pun bungkus dalam kereta je.
sampai rumah dah maghrib.
siang ikan semua.
lepas mandi and everything, kitorang ke cyberjaya.
haa kat cyber pun ada restoran serai ok.
restoran favourite family zaman berzaman :P


3 years = 3 peeps! (maknanya 4 years nanti jadi 4 peeps ke?? hahaha)



amboui kemain excited budak belah kanan tu. excuse my horrible selfshot technique :P



sudu tu orang serai bagi. sebab ariana pi main sudu besi.



ariana.



husband.



i.



ariana berlarian mundar mandir di sepanjang bangku berkusyen.

time tu tak ramai orang pun.
tak tau la sebab dah rembang malam ke, atau gaji belum out, atau serai dah nak tutup. lolx
tapi time kitorang datang, ada satu meja je yang ada orang.
then bila orang kat meja tu dah habis makan, tinggal kitorang je la dalam restoran.
rasa macam layanan istimewa la pulak kita je yang ada. hahah


serai sate bar.

and again nak ku beritahu;
serai ni memang dah banyak cawangan sekarang.
so glad for them.
bisnes berkembang.
jadi tak ada la susah kalau tiba-tiba crave nak kan tomyam ke contohnya.
senang nak akses.

sebab kadang ada kedai makan yang super sedap,
tapi tiba-tiba hilang. atau tutup.
frust betul.

sooooo
kitorang makan menu biasa yang dimakan macam kat serai seksyen 3 HAHA
menu all-time favourite katanya.


air watermelon juice dengan chocolate.



tomyam seafood.



terung goreng deep fried. ariana suka ratah.



ikan siakap samrot sauce (masak tiga rasa). ikan ni je harga RM52 haha. pengsan. ikan kerapu habis.

memang biasanya kalau kat mana-mana kedai masakan panas,
orang suka order ikan siakap tiga rasa kan.
for me, antara banyak-banyak ikan, yang sedap sebenarnya kerapu atau senangin.
then bawal. kerisi pun.
siakap sedap jugak kalau digoreng garing dan saiz tak besar sangat.
sebab kalau besar and tak garing, akan rasa air tawar di situ (i.e kelumpuran).
but yang kat serai ni ok je sedap menjilat sudu. lolx


overall performance :P nampak sikit kan lauknya, tapi cukuplah makan untuk dua orang. kenyang hoih!



hadiah yang sy beli. disertai tangan ariana tengah pointing kat hadiah. AHAHA~

sekian.

0 comments: