Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Saturday, February 21, 2015

ikan selayang rebus

sy tak tahu asalnya ikan rebus ni dari mana.
since mama yang ajar buat ni,
i assume it comes from pantai timur, or terengganu.
sebab tok yam (my nenek) pun suka rebus ikan, panggang ikan.
kadang dia masak je ikan tu dalam microwave. haha

rasa macam dah lama tak makan ikan rebus goreng.
so hari tu beli lah ikan selayang 4 ekor kat pasar.
minggu ni minggu diet ikan. makan ikan je banyak.
nak detox. haha


ikan yang dah kering direbus.

senang aje nak buat ikan selayang rebus ni.
(oh btw ikan selayang = ikan sardin)
boilkan air sikit, garam, gula dan asam keping.
lepas tu masukkan ikan. rebus sampai masak / air kering.
tu sebab jangan letak air banyak sangat. nanti hancur pulak ikan.
dah kering boleh angkat and simpan dalam tupperware.
letak dalam fridge.


masukkan dalam tupperware.

then bila-bila rasa nak makan,
boleh keluarkan dan goreng.
seriously dia akan jadi ikan goreng yang garing dan sedap!
pastikan time rebus tu letak garam yang mencukupi.
kalau letak sikit sangat memang tawar la ikan ko. hihi
letak garam gula secukup rasa.
kadang orang pantai timur suka makan cicah budu kan.
sy tak makan budu sangat.
so sy makan dengan nasi panas and kicap. wuah. kecur liur.


ikan selayang rebus yang dah digoreng.



macam biasa. taruk kicap please!! hihi

selamat mencuba!
(kalau nak cuba :P)

0 comments: