Saturday, January 31, 2015

hari sabtuku di istana


lampu chandelier istana.. they're everywhere!

selamat bersiaran..
.. pada hari sabtu!! *gasp*
sempena cuti berderet yang gilang-gemilang ni (untuk yang belajar/kerja kat wilayah persekutuan saja, yang lain jangan nak over lebih lolx),
jemput spend masa kualiti masing-masing.
empat hari cuti, kot! (gaji pulak baru keluar.. uhuk)

kitorang satu ofis (almost satu ofis) berkhidmat di istana weekend ini.
today and tomorrow.
sebenarnya majlis istiadat pingat-pingat tu esok,
tapi hari ni rehearsal.
bertuahlah kitorang sebab separuh hari je kerja. haha
ni baru sampai rumah la ni.
lepas balik dari istana tadi merayap kat kl sentral kejap :D



rajaness.
rasanya belum terlewat untuk mengucapkan SELAMAT HARI JADI kepada bestie ai, raja!
semoga makmur sentiasa.
dilimpahi rezeki yang banyak.
dikurnia kesihatan yang baik.
ewah macam ucapan makcik-makcik pulak.
(memang ai dah jadi makcik [sedara] pun sekarang ni. *simptom hari tua HAHA*



with aina. dah penat duduk dalam balairong seri, duduk kat luar kejap.

kat luar memang banyak gils sofa.
pilih je mana nak duduk. hihi


with tini, si pengurus bas ofis of the day.



bersama geng-geng POPP *nama panjangnya tak payah la sebut kat sini. bahah* kurang aizat sorang. mana ntah dia pergi. sibuk manjang dengan VIP dia.



selfshot!!


pergi tu naik bas ofis. balik pulak, balik sendiri.
sebab kalau nak tunggu mesti lama.
so tumpang maisarah pergi kl sentral.
siap solat semua kat situ.
sempat la jalan-jalan kat nu sentral, shopping mall (tak la baru sangat, tapi baru jugak la last year kan?) yang bersambung dengan kl sentral.
kalau nak ke sini, pergi kat area mc d tu. jalan terusss ke depan.
ada escalator naik ke nu sentral.
and ada papan tanda besar kat escalator tu 'NU SENTRAL'.
so memang akan nampak dari jauh.


pemandangan dari atas.

nu sentral ni banyak tingkat.
4 - 5 tingkat kot macam tu. tak kira pulak tadi.
banyak kedai dan ada juga kedai yang tak bukak lagi.


kedai buah MBG, yaw! colourful!!



tema chinese new year :) ni kedai runcit tai chong. comel kan patung dia? ^^



tanglungs.



me at kedai teh. hihi.


lepas tu ambik ERL balik putrajaya.
settle.
sekian kisah hari sabtu sy.
esok pagi kena bangun pukul 4pagi lagi.. nak pergi ke istana.

toodle-loo!


No comments: