salam jumat semua.
hari ini ada kerajinan sikit (sikit je la tapi HAHA) untuk post resipi simple ketam masak lemak cili api. untuk si pemalas lipas macam sy, sesuailah dengan pakai santan kotaknya kan. hahaha
of how simple the recipe is, yang penting sedap and kenyang. :D
ni resipi untuk dua (2) orang makan *tapi kalau orang kuat makan, sila doublekan kuantiti ye hoho* :
BAHAN-BAHAN AWESOMENESS :
2 ekor ketam L/XL dipotong dua. sepit diketuk supaya senang nak kopek time makan.
2 batang serai dititik (diketuk penyek. haha).
hiris :
1 ulas bawang merah saiz sederhana.
1 ulas bawang putih.
1/2 inci halia.
tumbuk sekali :
1 inci kunyit hidup (yang tak de, boleh pakai serbuk kunyit).
9 batang cili api (ni tak pedas. nak pedas, up kan sampai 15-20 HAHA).
3 batang kacang panjang dipotong.
1 kotak kecil santan (ai pakai ayam brand).
1/2 keping asam keping.
air secukupnya.
garam sesedap rasa ko. :D
CARA-CARA MEMASAK :
- bukak api dapur (itu harus. lolx!). masukkan ketam, serai, bawang-bawang, halia hiris DAN kunyit+cili api tumbuk. masukkan juga sedikit air. sebatikan. biar seketika. sekejap je tau.
- masukkan santan kotak. santan kotak ni pekat, so cairkan sikit dengan air. jangan cair sangat. sebab nanti once ketam masak, air ketam keluar.. nanti lagi cair. tutup kasi didih.
- perasakan dengan garam. masukkan sayur and asam keping. tutup lagi sampai masak. jangan lupa kacau. kang berkerak santan ko tepi kuali ahaha.
- SIAP! :P
voila! nah ambik. kejap je siap. hihi |
boleh jugak if nak tambah tomato jika ada.
sedap dimakan bersama nasi panas.
No comments:
Post a Comment