Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Sunday, January 18, 2015

siri photos makanan pertama 2015




ahaha siap ada siri photos makanan.
ye sebab sy selalu snapped cook sketches and letak dalam instagram.
nak post sikit-sikit dalam blog selalu tak sempat. so kita kumpulkan semua dulu, hari ni baru post. xD

btw, happy sunday, peeps!
mesti hari ahad banyak plan kan?
sama ada plan keluar berjalan-jalan ataupun plan melepak depan tv kat rumah pun dikira plan jugak. lolx
yang penting orang kat kuarters kitorang ni sayangkan rumah (observation).
sebab apa? sabtu ahad ke penuh je parking. depa suka duduk rumah.
kalau keluar pun sekejap-sekejap je lepas tu balik. haha
malam masih muda, but still parking kuarters dah penuh.
betapa hommienya orang-orang kat sini. :'D (cuti panjang je diorang balik kampung) hihihi

kitorang pulak since rumah parents dekat (tak tau la nak panggil kampung ke apa sebab dekat?! LOL),
balik 'kampung' adalah frequent jugak on weekend.
semalam ni baru balik kampung husband.
so hari ni kita dok 'kampung' kita aje la kat putrajaya ni. wahaha

so here goes siri photos makanan!!


chicken grill with homemade blackpepper+mushroom sauce, corn on the cob, asparagus and potato chips yang tak berapa nak chips. AHAHA

husband memulakan misi dietnya sekali lagi.
jadi time-time photo ni ditangkap memang manjang je masak grill-grill.
kadang husband masak sendiri jugak; kambing grill.
tapi biasanya dia masak kosong je letak garam + pepper, grill, makan.

homemade sauce ni saja try-try, inspired by resipi kat internet, lepas tu improvised sendiri.
as long as it's edible.. kihkih.





paratha cap 'kawan' yang sedap dan kari daging bersama kentang.



and again, masak chicken grill untuk husband. sekali la sy makan jugak. hehe. this time side dish mashed potato and blanched veggies.



tetiba hari tu teringin nak makan macaroni bakar resipi malaysia (a.k.a. kari instead of bolognese/tomato sauce).

sy suka macaroni bakar.
dia ada 2 jenis; yang western dengan yang malaysia.
this time masak malaysian version. hahaha
ntah, sy lagi suka malaysia punya sebab tak muak.
malaysian = bawang chopped, cili merah chopped, serbuk kari, ayam/daging cincang. tu inti dia. memang sedap!
nak lekatkan pulak; pukul telur, susu, sikit tepung gandum, garam dan serbuk lada sulah.
tuang dalam macaroni+inti.
tabur cheese atas. bakar.
lepas tu letak inti sikit (yang lebih) kat atas as topping. tabur bawang goreng. fuh!


potongan macaroni bakar.



nasi goreng ikan bilis (cili kering). or nasi goreng merah.



ikan siakap tiga rasa. beli nenas dalam tin je. kihkih



lagi chicken grill dengan stir fried veggies.



ni sebab teringin jugak ni. daging goreng kunyit. my mom's style. bawang besar kasi lebih. sedap buat gaul dengan nasi panas. jyeah!



first time try buat sup ayam+cendawan chinese style. few times buat. ariana memang suka ni.



ketam gorenggggg. yiehha.



yang ni garam, kunyit dengan sikit garlic seasoning. sebab malas nak menumbuk bawang putih dalam lesung HAHA



sup ayam yang kerap jugak dimasak sebab nak bagi ariana makan. dia kalau makan sup ayam ni memang berselera makan (apa aje yang dia tak selera. lolx!). and if masak sup ayam, sy dengan husband pun boleh makan sekali.



ikan selar kuning kecik goreng garingggg. my favourite! yums!



makan dengan kicap. air ribena jangan tinggal. win!



kerutub daging. yang ni masak tengah malam. supper la kot kiranya. (sebab time tu malam baru sampai rumah from shah alam and baru keluarkan daging. bercinta jugak la nak tunggu daging nyahbeku).



sup ayam kicap. untuk ariana dan diri sendiri makan jugak. husband pun.



ok kira dah habislah siri photos makanan yang ini.
gambar makanan lain ada dalam phone, tak transfer lagi.
geram dengan phone ni sebab memory card dia macam hilang begitu saja.
macam tak wujud. so now phone memory dah penuh since semua pun masuk dalam tu.
nanti la nak pergi kedai check.
100kali dah cuba keluarkan kad and masukkan balik, tetap tak jalan.

ok guys/girls. happy sunday!!

2 comments:

Nabihah says:
at: January 19, 2015 at 7:22 PM said...

Part ambil gambar memang seronok. Part makan lagi seronok kan?

Salam singgah dari saya

wani ezryl * says:
at: January 20, 2015 at 9:37 AM said...

semua seronok kalau kita enjoy. hahaha