Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Saturday, January 03, 2015

kisah orang yang malas berjalan

well, who's not.
sy kalau pergi alamanda, kalau boleh nak parking yang depan sekali.
kalau balik ke rumah (kuarters apartment) dari ofis pun mengharapkan ada laa kereta lain nak keluar and parking lot dia betul-betul dekat area lif.
kalau pergi malls mana-mana sanggup pusing-pusing banyak kali sebab nak cari parking yang convenient.

ASALKAN TAK MENYUSAHKAN ORANG.

semalam, macam biasa sy ke pasar lepas balik ofis.
ko tau je la pasar putrajaya tu macam mana kan.
situ je la yang ada. so semua pun pergi sana.
penduduk putrajaya tahu berapa ramai?
kalau ikut stats; 66,785 orang.
itupun stats 'terkini' tahun 2010. (bancian penduduk ni buat 5 tahun sekali FYI).
harus sekarang ni dah berapa puluh ribu lagi kan.

eh, apa pulak cerita pasal stats.
(nak menunjukkan berapa ramai manusia kat pasar asalnya pun. wah haha)

dah la kereta berjela, semua jalan slow-slow pulak tu sebab kereta lain side parking kiri kanan jalan.
sy kalau tak de parking sangat baru park kat tepi jalan.
if not, memang akan park kat area parking terbuka yang disediakan.
tiba-tiba tengok.. hah! kereta MPV siapa punya ntah kaler hitam (family vehicle) park betul-betul depan laluan masuk ke kawasan parking terbuka! *deng*
asalnya laluan masuk ni ada dua. now jadi satu la. sebab satu lagi dah kena block,
nak ke laluan yang satu lagi tu ko kena pusing jauh.
ok fine la pusing jauh.
situ la laluan masuk, situ la laluan keluar.
siap laluan tu ada lobang lagi, of course semua mengelak-ngelak lubang so kereta akan queue lagi lama la nak menunggu untuk lalu situ kan.
(nasib baik semalam hujan, jadi queue adalah tak sepanjang biasa).
ai memang angin betul dengan orang selfish macam ni.
ok anggap la dia tak tau.
ni first time dia pergi pasar.
atau kaki dia sakit, baru terlibat kemalangan terkehel kaki.
atau anak ramai, susah nak park jauh.
atau dia lupa bawa payung, nanti kebasahan.
atau dia suka parking situ sebab best. lolx

aight ai anggap dia dalam kategori yang pertama tu ye.
first time pergi pasar.
tak tahu nak parking mana.

jadi selamatlah kereta itu mendapat note daripada ai kat wiper dia. haha
tapi ayat note sy tak pernah nak letak bodoh-piang-hang-ni tak ada ye. :'D
sy tulis baik-baik la, siap bagi salam, bitau next time jangan parking kat laluan masuk. siap ada thank you lagi. ko ada jumpa orang punya baik tulis note macam tu? kahaha.

(selama ni note-note kat wiper yang sy baca semuanya ayat maki-maki je. contoh 'KALAU NAK BLOCK KERETA ORANG, TURUNKAN HANDBRAKE DULU LA, BODOH!' memang betul pernah jumpa note macam ni. kat terengganu. kihkih. pernah jugak jumpa note kat putrajaya.. kat kuarters. tapi kereta orang lain la. same kes, block jalan orang lain).

and lepas-lepas tu, sy nampak kereta tu dah beredar.
harapnya lain kali tak ada la dia block jalan utama.
moral of the story; kalau tak de parking lain sekalipun, kalau ko nak illegal parking sekalipun (kat pasar ok la sebab memang susah nak park pun), pastikan ko TAK PARK DEPAN LALUAN MASUK KE TEMPAT PARKING TERBUKA. MACAM MANA ORANG LAIN NAK MASUK, PANDAI.

sekian. :D


4 comments:

kaizenDaGreat says:
at: January 6, 2015 at 11:07 PM said...

You are indeed a very kind hearted lady despite of the bad thing that the driver made. Semoga ramai orang macam kau and less selfish people. ;)

Nur Saleha Jayiddin says:
at: January 6, 2015 at 11:55 PM said...

padatnye putrajaya. ramai kat sana

Aishah Amin says:
at: January 8, 2015 at 8:49 AM said...

memang senang sangat nak swearing kalau driving kt KL ni :'(

Aishah :)

wani ezryl * says:
at: January 9, 2015 at 9:32 AM said...

kaizen^ masih ada yg bertimbang rasa dan tidak mengeluarkan steering locknya. ahahahh


saleha^ ha a mmg ramai ok. kalau kt satu tmpt, situ je la semua orang tumpu. memang pening.


aishah^ jgnlah bersedih aisyah. KL mmg lagu tu jam memanjang. lps tu susah nk jumpa kereta yg nk bagi jalan.