Friday, May 31, 2013
31 : flight
this is the last drawing for 'doodle a day may'.
hope you guys enjoy my may's doodles collection. save journey! (to your destined destination).
:)
Thursday, May 30, 2013
keju mi amor
baru hari tu kot dia berak (poo poo) atas comforter sy. atas katil.
baik punya ai landing atas katil lepas balik dari bilik air cuci muka,
terbau satu bau yang sangat menyentuh kalbu. HAHAHA
ceret pulak tu!!
dah lepas tu terpaksa suh dia lepak luar.
bagi lepak dalam rumah tak de supervision, macam ni la dia.
dengan beraknya, kencing pancut ntah kat mana-mana lolx
nak marah pun dia kucing, tak ngerti.
nak ajar membuang air, ingatkan dah pakar, tapi he's still a cat.
wat tu du :P
bergolek di dalam rumah adalah perkara biasa. |
buat muka syahdu. padahal kekenyangan makan nasi gaul ikan. |
memang tak la bagi dia nasi dengan ikan minggu ni..
hukuman sebab berak merata.. ahaha.
hesy jangan kata kejam. kucing pun perlu didisiplinkan.
walaupun tak bagi nasi, kami bagi dia makan smart heart ok.
sedap tuuu smart heart (macam ko pernah rasa, wani). HAHA
melihatkan kucing-kucing lain semua suka smart heart.
kalau kibbles (makanan kering) lain; whiskers ke apa, kucing-kucing lain tu nampak kureng sikit.
smart heart jugak diorang suka.
suh keju makan ais krim pelangi, since orang kat rumah ni tak de yang makan (stok makan baskin robbins) lolx |
ada la dia jilat-jilat sikit.
best tak, keju? ;)
tadi balik dari ofis,
sampai-sampai je kat rumah,
nampak dia melepak kat luar.
santai je.
tak heran dah kalau tak masuk rumah.
may be he gets used to it.
biasanya kalau kita balik, beria dia bising-bising depan pintu nak masuk jugak.
adakah kami berjaya mendisiplinkan dia?? hihi
memunggung kau, keju! :P |
baik punya relax dia melunjur. |
orang panggil banyak kali dari belakang pun dia buat dekk je. dasar. |
tengok! eksi betul. haha |
tapi kalau ada kucing-kucing jantan watak jahat len datang dan cari pasal kat depan porch ni,
kadang sy bukak pintu bagi dia masuk kejap.
untuk menyelamatkan diri.
sebab keju ni kucing aman.
dengan tikus pun dia tak kacau. dia pandang je. haha
tapi lepas tu bawak keluar balik.
takut dia kencing merata.
spay? oh tidaklah kami menspaykan dia lagi.
sekian kisah keju.
mungkin next week kita akan belikan dia ikan semula.
kalau dia well behave la.
:)
it's all about food
entry kali ni nak letak gambar makanan je.
saksikann!!
hari tu beli ais krim pelangi sebekas besar.. tapi tak de orang makan, ai je yang makan. haha |
diorang kat rumah ni stok makan ais krim baskin robbins je agaknya.
tak main ais krim pelangi paddle pop macam ni.. huahaha.
carik kon yang macam pakcik ais krim jual tu, tapi tak de.
ada kon jenama aladdin macam kon mc d ni je.
dahlah masuk angin pulak tu. tak rangup langsung :P
tapi kutelankan jua. ahax
hari tu bos belanja nasi beriyani. |
sy sekarang ni kalau jumpa nasi beriyani, mesti nak ambik ayam madu.
pastu nampak pulak peria goreng.. pehh!!
tambah pulak papadom rangup bulat-bulat.. double pehh!!
(thanks, bos sebab belanja!)
semalam masak ayam masak merah dengan sayur bayam goreng. |
teringin nak makan ayam merah sendiri masak,
so pesan faliq belikan ayam.. balik dari ofis tu tunggu ayam defroz, masak.
my mom tolong kupas-kupas bawang. hihi
makan sambil nonton tv. kahkah |
ni pulak lauk harini.. |
sayur tauhu dengan sawi tu my mom masak.
yang lauk lain tu my mom beli kat satu van kat seksyen 20 ni.
van tu baru-baru lagi ada kat kawasan ni.. my mom cakap banyak lauk. orang kelantan jual. ada nasi kerabu segala. best la cam ni. lolx
hah habis dah gambar.
nanti kita sambung lagi kisah makanan ye ;)
dadaa!!
Wednesday, May 29, 2013
kursus stuff
may be ni kursus terakhir yang sy pergi before deliver kan.
sebab macam tak larat dah nak pergi kursus lain.
dah yang ni pun selang sejam asyik rasa nak ke toilet.. haha
kursus kali ni adalah tentang keseronokan di tempat kerja melalui komunikasi berkesan.. something like that.
penceramah sangat kelakar dan baik jugak.
kat kursus ni la baru tau term 'hormat panglima'..
iaitu dia cerita, bagi contoh suami isteri bergaduh dalam kereta.
isteri tak dapat beli kain. so sorang toleh kiri, sorang toleh kanan.
tu namanya hormat panglima. AHAHAAA
hormat panglimaaaa
hormat ke kanaaaannnn
HORMAT!
(hoho teringat zaman wataniah dulu)
dan macam-macam lagi cerita kelakar daripada penceramah :DD
gelak guling.
awal-awal tu duduk depan, tengah. tapi tukar tempat pada waktu petang sebab senang nak ke toilet. kalau duduk tengah macam ni, menahan la kita :'| |
time ni penceramah suruh semua orang buat penumbuk. |
katanya penumbuk tu mewakili ahli-ahli dalam organisasi.
kalau nak tumbukan yang kuat, setiap ahli dalam organisasi tu ada peranan masing-masing.
so dia suh keluarkan ibu jari.. yang ibu jari tu mewakili worker biasa. kerani mainly.
yang jari tengah, leader. yang kecik skali adalah PAP (office boy).
so bila kita keluarkan ibu jari, penceramah cakap.
"tak jadiii. kalau keluarkan ibu jari, dia tak jadi penumbuk. dia dah jadi kacang goreng."
HAHHAHAHA. faham tak kacang goreng??! :'DD ye kacang goreng cap tangan tu! lolx!!
then dia suh keluarkan jari kelingking. yang ni jadi pengeruk. (buat korek tahi hidung). tak jadi penumbuk jugak.
last dia suh keluarkan leader; that is jari tengah.
"heyy janganlah. buruk rupanya," he said. audience gelak.
sebenarnya apa yang dia nak sampaikan adalah, kalau leader tak main peranan macam dalam penumbuk tu, memang buruk sangatlah rupanya. analogi sangat :P
banyak lagi la. tapi berjela nak cerita semua.
kitorang semua terhibur la sepanjang kursus tadi :)
dan ni lauk yang dimasak untuk hidangan malam ni.
makan sorang je pun, yang lain nak keluar makan pizza kat subang.
sy tak rasa nak makan pizza, so kita masak je lah xD
ayam masak merah dengan sayur bayam goreng. |
pekena pulak dengan air oren sunquick. fuhh!! |
then duduk mengadap the apprentice asia sampai habis.
hahaha
tu je la.
next time kita cerita lagi.
toodles!!
high awareness
actually it's week 36 plus, sebab khamis ni dah week 37.
and when it reaches week 37, the baby is mature enough to be delivered.
(walaupun tempoh super matang dia adalah week 40)
(tapi week 37, 38 pun dah ada orang yang deliver baby. contoh terdekat adalah adik-adikku.. mahaha).
but my mom said she prays for the baby to be delivered exact week 40, supaya betul-betul baby dah ready untuk keluar. haha i don't mind, as long as precious is happy and healthy ^^
prolly bagi yang tak pernah experience pregnancy tak tahu,
(say, guys atau girls yang tak pregnant, or kids.. they don't know)
ada yang tak ngerti kenapa kami ni suka pergi toilet selang sejam. lolx
sebabnya time pregnant, kantung yang berat tu akan tolak/himpit bladder (pundi kencing). that's why la kami kerap ke toilet.
ada yang tak tahu pun, sampai-sampai week 36 ni dah start discomfort, sakit kat pelvic. nak jalan, each step tu sakit kadang-kadang. macam ada benda cucuk-cucuk ke bawah.
sebabnya baby tu dah turun ke bawah, nak ready untuk keluar.
jadi jangan confuse kalau nampak kami jalan sangat slow, pegang perut dan sebagainya.
cuz sometimes it hurts :P
so i guess after week 37 prolly lagi slow la sy berjalan.. haha
tu pun ada yang tanya sy nak pergi kursus tak tengah bulan jun ni.
hoih tu time-time nak dekat deliver dah tu. pergi mana-mana pun adalah risky! :P
and i know ramai pun tak aware kami pregnant ladies ni adalah OKU sementara.
sy tak mintak pun privilege apa-apa, but at least have some heart.
macam tadi la, pergi kafe beratur panjang nak bayar kan.
sy yang smart ass ni *bahaha mengaku smart ass pulak* letak makanan dengan beg-beg semua kat meja makan (baru balik meeting, singgah kafe), so beratur tangan kosong je la. bawak duit nak bayar je.
depan sikit kat queue tu ada sorang akak ni, pregnant jugak.
dia pegang bekas makanan tapau polisterin dengan air dalam cawan kertas bertutup.
tiba-tiba.. panggg! cawan kertas dia jatuh, bergolek dengan air-air semua tumpah ke lantai.
so susah payah pulak dia nak tunduk ambik cawan kertas yang dah kosong tu.
(i know how hard it is to bend down!!)
masalahnya yang lain tu dok pakat tengok je.
but for me, in the first place, someone should give that akak to pay first.
bukanlah potong queue tanpa sebab, tapi nampak dah orang pregnant tak larat nak berdiri queue lama, pegang itu ini kat tangan.. why not have some heart and bagi dia bayar dulu.
tak, tak pe, tak bagi si wani ni ke depan bayar dulu pun tak pe, i am just fine.
sy just kesiankan akak tu dengan airnya yang tertumpah.
sebab faham camne tak selesanya berdiri lama-lama beratur.
yang beratur tu semua, perempuan pulak tu. ish ish.
tapi mungkin sy ok sikit la,
terserempak dengan orang yang baik.
kadang nak lalu ada orang bukakkan pintu,
ada orang pernah bagi sy bayar barang dulu sebab queue panjang etc etc.
maknanya masih ada orang yang aware.
yang tak peduli ni bukanlah tak aware, may be pun diorang tak tahu,
sebab diorang tak de experience being pregnant.
so bila nampak orang pregnant tu, just nampak a lady dengan perut besar. tu je.
diorang tak tau tang jalan each step tu sakit back pain ke, sakit pelvic, rasa nak terkencing tu semua depa tak tau :P
may be next time,
(after you know about this),
kalau nampak pregnant ladies, atau OKU sementara seperti ibu bapa yang bawak anak kecik, stroller.. you can do some deeds. like bagi laluan dan sebagainya. sama la jugak dengan orang tua.
tapi kalau korang dalam train, bas,
dilema nak bagi satu seat sama ada kat orang pregnant atau orang tua,
kena utamakan orang yang pregnant dulu. lepas tu baru orang tua. sebab orang pregnant adalah OKU sementara. hihi.
oklah nak tidur dulu.
dahaga je selalu ni sebab musim panas.
nak minum air kejap then tidur.
till then. sleep tight!
Tuesday, May 28, 2013
Sunday, May 26, 2013
sambutan hari jadi
petang tu lepas balik kenduri moja,
kitorang singgah rumah awin & azreen.
they all ni bekas jiran sebelah rumah sejak dari kecik. memang close la.
sekarang diorang dah pindah ke seksyen 24.
diorang jemput ke jamuan hari jadi awin & mama dia.
jadi mari kita. xD
sy & awin. ye sy yang muka belengas tu. ukuku |
my brother, harith. |
my dad. |
the whole of their family. |
oh lupa nak snap gambar makanan :P
makanan adalah mee kari.
auntie ina. happy birthday, auntie!! :) |
awin. |
kek red velvet, beli kat subang parade.
patut kemain lagi these boys lepak makan kat subang semalam.
pergi ambik kek rupanya.. hihi.
harith & best friend hidup mati dia, azreen. ekeke |
dah pastu kitorang balik sebab nak kejar tak solat zohor lagi.
end.
moja's wedding
wedding ni side perempuan, sebab kalau side lelaki tu jauh kat johor.
so kitorang follow rombongan lelaki la,
since orang johor tak ramai sangat. maka kita ramaikan lagi rombongan tu. mah haha
ni moja & wife, nadia. |
duduk kat luar tu tengok orang silat.
pastu baru diorang masuk dalam.
cuaca adalah hotto. nak cari air dengan buah je time tu.
tak de benda lain dah fikir. haha
my plate. |
nasi minyak, kuah kari dalca, ayam goreng rempah dengan daging minang..
tapi sedapnya, pehh! memang serius sedap.
pulak tu ada tembikai.
memang melengkapkan seleraku bahaha.
air apa sy tak tau, tapi air dia sedap jugak.
ni lah dia daging minang tu. sedap weh, terkenang-kenang sampai sekarang. tsk. |
satu family datang. faliq ada, tapi lepak dengan geng dia. |
my mom and i. sorilah, muka sy melekit sebab panas. HAHA |
pastu ada sesi karaoke. |
time DJ umum sape nak karaoke,
laju je dia menuju ke sana.. siap menari-nari lagi. haha
ye, menari sebelum nyanyi.
pastu ada la dalam 3 lagu dia nyanyi, 1 tu lagu duet.
pas makcik ni, ada sorang pakcik pulak. nyanyi 2 lagu.
dah lepas-lepas tu sy tak tau siapa, sebab kitorang balik dah :P
wedding favour. comel kan! ^^ |
sebenarnya sy suka wedding favour guna paperbag macam ni.
masa diorang tunang dulu pun style camni jugak, tapi diorang pakai yang brown paperbag tu.
sangat seni. sangat comel. for me la :)
congrats to moja & nadia.
semoga berbahagia selamanya aight!!
THINGS TO REMEMBER
got this from spacegoat's tumblr and i think it's really good.. so why not sharing it? :)
• Accidentally close a tab? Ctrl+Shift+T reopens it.
• CTRL+SHIFT+ESC is the one handed version of CTRL+ALT+DEL
• Don’t brush your teeth hard, it makes them sensitive and removes enamel.
• Don’t like spiders? Put citronella oil on your walls and they will not go there.
• Drink one glass of water for every alcoholic drink you have, you’ll get drunk without getting a hangover.
• Get clear ice cubes by boiling water before freezing it
• Heal paper cuts and immediately stop the pain with chapstick.
• If you accidentally write on your dry erase board with a permanent marker, scribble over it with a dry eraser marker to remove it.
• If your shoes smell, put them in the freezer overnight, it will kill the bacteria.
• Make bug bites stop itching with a banana peel.
• Make a paper longer with 12-point text, but 14-point periods and commas.
• Need to get around a blocked website at work? Try replacing the http:// with https://
• Never send your resume as a word file (unless asked) Instead, save it to a pdf file, it’s much cleaner and professional looking.
• Pick a flavor of gum you don’t normally chew, and chew it while studying during a test.
• Place a piece of bread in a container with your homemade cookies and they will stay soft.
• Put a dry towel into a dryer with wet clothes, they will dry faster.
• Put toothpaste on a pimple and it will dry out.
• Practise fake smiling in the mirror every day before going to work/school, you’ll genuinely start to feel happier.
• Rub canola/olive oil on knives before cutting onions, you won’t cry, alternatively chew gum and you won’t either.
• Short on time with a wrinkled dress shirt? Hang it up in the bathroom while showering to steam it flat.
• The night before, place things you don’t want to forget the next morning on top of your shoes.
• Use hydrogen peroxide to remove blood stains from clothing.
• When cleaning windows use newspapers or coffee filters instead of paper towels, they will not leave streaks.
• When microwaving bread products/pizza put a glass of water in with it, it will keep your bread from going spongy.
• When you move into a new place you’re renting, take pictures of any and all damage, then post them on facebook (privately if preferred) so you can use the reference date as proof you didn’t do it.
• When searching plane tickets online delete your cookies prior, prices go up when you visit a site multiple times.
//very, very useful indeed ;)
leaving for DP*A
eh tapi tak sampai kemaman lagi,
diorang bermalam kat kuantan.
pagi ni baru bertolak ke kemaman.
so all the best to him & the rest of PTDs yang ke DP*A tahun ni! :)
semalam kitorang pergi hantar kereta husband balik banting..
simpan kat sana.
on the way tu singgah breakfast kat dengkil.
roti canai sy :) sekarang ni kalau breakfast je selalu order roti canai. sungguh koles di situ :P |
husband macam biasa, makan nasi lemak. |
tengok, dah siap potong rambut no.3.
bulat kepalanya.. haha.
taking a snapshot together before he left for DP*A. |
semalam jugak adalah anniversary empat tahun sy dalam perkhidmatan (status tetap).
kalau nak kira kontrak, lama sikit daripada tu. haha.
so happy anniv to me & friends!
ok husband pergi 6 bulan.
long distance lah kita lagi. lolx
Friday, May 24, 2013
36 weeks
masih stay di putrajaya.
risau-risau je nak keluar and lalu kat area presint 2 sebab ada festival belia putrajaya 2013 tu. sesak!
(tapi teringin nak pergi. tapi kalau pergi, sure kena menapak jauh. ai tak larat! HAHA)
time tersekat masa balik ofis semalam,
dapat la tengok kemeriahan festival belia tu.. from inside of my car.
then bila google,
tengok macam-macam ada kat sana.
yang tempting adalah pesta kucing, pesta buku, kawasan seni, kawasan jualan pakaian/tudung oleh bloggers!
actually banyak gile aktiviti dia.
kalau nak tau, sila check festivalbelia.gov.my
hohh kalau ai tak pregnant sarat 8 bulan gini memang ai dah gigih menapak.
dulu time belajar pun gigih pergi xgames. bukit jalil, sunway lagoon, redah je. haha
tapi tu la, sesak :P
hari ni nak pack beg dan barang-barang untuk husband ke kursus DP*A.
esok pagi dia dah nak bertolak ke kemaman with our friend, faiz.
kursus start ahad.
enam bulan. wish him all the best! :)
jadi semalam lepas habis kerja, lepas maghrib tu kitorang pergi dating la apa lagi. hahaha
harini pun dia bawak jalan-jalan ke bangi.
jalan saja ye. sebab sy cakap lama tak jalan ke bangi,
kecuali time belajar dulu (ikut kawan) and time sesat haritu. haha.
and to all my friends yang juga nak ke DP*A untuk batch ni,
good luck and enjoy the moment!!
ok nanti sy update lagi.
patut update doodle untuk harini kan,
tapi tak melukis lagi.
kejap lagi la kot melukis.
k k.
tata!! :)
Thursday, May 23, 2013
Tuesday, May 21, 2013
life's update
june is around the corner.
husband dah nak pergi DP*A (6 freakin' months!!),
and sy dah nak deliver precious. approximately dalam 2 minggu - 1 bulan lagi.
tengoklah tahap kesungguhan precious untuk keluar. hihi.
orang berpengalaman yang tengok my tummy cakap perut nampak dah jatuh.
maknanya dah tak lama lagi la tu.
perut sedang mempersiapkan dirinya untuk deliver ^^v yoshh, doakan kami!!
husband and i,
kitorang sempat la stay kejap kat rumah baru..
untuk dua minggu ni.
so life makes sense (haha), balik kerja ada la rumah sendiri untuk dituju :P
tapinya makan bertapau lagi kita sebab harap dapur je ada, tapi gas tak beli lagi. lolx!
(kettle comel atas dapur tu hanyalah hiasan semata)
fikir-fikir kalau beli sekarang pun macam rugi.
stay kejap je lepas tu husband dah pergi DP*A. sy nak cuti bersalin.
better beli lepas beliau balik nanti kan.
aircond pun sama.
my parents tengah baby cot/playpen hunting.
katanya nak belanja.. haha. tapi tak jumpa design yang berkenan di hati.
so all the best with the hunting thingy, ya! ;)
stroller pun dah ada, durra gf adik ai hadiahkan *thanks to durra & family!* dia siap hadiahkan baju-baju baby, baju mengandung.. tapi sy tak pilih lagi untuk basuh sebab tak sempat.
lepas husband pergi DP*A ni sempat la kot nak tengok :)
so nanti kita update lagi pasal precious.
hari tu scan lagi, nampaklah dia membesar bagaikan johan kat dalam tu. haha *way to go, precious!*
sementara tu, nah gambar-gambar ai camwhore. alah bukan selalu pun.
wuah hahahahah
dahi jendul betul! |
dan ini gambar tummy sebesar 35weeks :) |
toodles!!