Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Monday, July 20, 2015

wani ezryl's 2nd day of raya

yoshh 2nd day kitorang pergi beraya ke kuala terengganu.. or as i call it; KTcity.
selain daripada visit sedara-mara, ada jugak kawan-kawan kat KTcity.
tapi ramai yang tak de. so tak pergi banyak rumah.
and ada jugak rumah yang tak sempat nak pergi.

lepas pack beg tu terus gerak dari rumah tok ke KTcity.
ikut rombongan family ke rumah relatives.

kat rumah su nong di losong.
hahaha tak perasan pun pakai tudung terbalik.
stylo sangat tudung terbalik *menangis di sudut*
tu pun husband yang perasan :'D
tapi tudung ni best, harga RM10 je and lembut. beli kat butik nurhannah, ayer@8 putrajaya.
sana banyak shawls and semua murah-murah.
kebanyakan shawls yang sy beli kat sana range RM10-RM15 je.
kalau yang wide shawl pun dalam RM20-RM25.
cuma tak banyak yang printed la.
yang kosong macam ni memang banyak. and tak terlalu nipis.
eh terpromote pulak. hahahh


su memang tiap kali raya, dia puasa 6. tapi masih menjamu kami kuih raya dan air tropicana twister :)



lepaking.



husband posing di tepi. haha

then ke seberang takir, visit tok nun and the rest.
sebelum ni they all tinggal kat tanjung, tapi dah pindah rumah baru kat seberang takir.
rumah kat tanjung tu pun diorang duduk lagi.


with tok nun and chu. homai i'm wide! :DD
wide sementara aje ye.
kihkih


kami dihidangkan dengan kepok lekor goreng yumss

ada satu kedai kepok lekor seberang takir yang bukak.. baru kot.
kedai pok din.
sepanjang jalan ke seberang takir tu ada bunting dia.
ingat nak singgah beli yang vacum pack tu. tapi kang nak simpan kat mana pulak.
lambat lagi nak balik ke selangor ni.
last-last tak jadi beli. huu.



bukti di KTcity; bukit-bukau 'hollywood' Allah Peliharakanlah Terengganu :)

plan kitorang adalah bermalam di KTcity (mana-mana hotel bajet, tak kisah) before headed to kuantan the next day untuk sambung beraya.
sebab laluan terus sebelum balik ke klang valley kan.
tak dapat nak patah balik kampung tok. jadi kita stay overnight je la kat KTcity.
petang tu sebelum cari hotel, singgah rumah shahrin (kawan husband) di gong tok nasek.
kat rumah dia ni memang masakan semua sedap-sedap.
i remember last year kitorang pergi sana, dia hidang nasi minyak dengan ayam rempah semua.
sedap betul weh.
this year nasi dagang pulak.
sedap sangatttt.
husband habiskan semua ikan dalam mangkuk tu ok.
bertambah lagi kihkih

haa nampak tu nak menambah tu. haha



the awesome nasi dagang.

dulu shah buat catering dengan kawan baik dia.
tapi la ni dah tak buat sebab tak cukup kakitangan. dia pun ada bisnes lain.
kalau tak haruslah kita boleh menempah nasi dagang dengan dia untuk buat jamuan raya ke apa kan. sebab memang sedap.
jyeah i appreciate good food like that. xD


husband, ariana and shahrin.

then merayap la kitorang cari hotel bajet haha.
mula-mula ingat nak stay kat batu burok beach resort, pantai batu burok.
tapi rate RM150, tak de breakfast.
so gerak cari hotel lain.
google punya google akhirnya decide nak stay kat ming paragon and spa kat tengah-tengah bandar.

helo!!

rupanya ada 2 hotel; ming paragon dengan ming star hotel.
dua-dua ni owner sama.
tapi pekerja dia cakap ming star lagi ok sebab baru renovate. and ada katil queen.
so kitorang tukar ke ming star.
dua-dua ni kat blok yang sama je pun.
kat secret recipe tu, seberang jalan ada 7-eleven.
kitorang ambik bilik standard (yang paling murah, sebab sampai pun dah rembang maghrib). RM148 with breakfast. ok la tu.
kalau nak upgrade ke bilik superior, deluxe.. tambah RM20-RM20 je gandaan dia.
kalau nak bilik hello kitty, RM198 tak silap.




bilik dia ok la, semua kemudahan ada walaupun saiz tak besar mana.
iron board, hair dryer semua ada.
sabun dengan syampu dia punyalah sebekas besar tu dia bagi hahaha.


walaupun kecik, tapi sangat ok untuk stay overnight. kemas je bilik dia.



ariana sedang berehat-rehat di situ ;)



laluan ke pintu bilik hotel kitorang. sini je la solat. tengok, sejadah pun ada ok.

so lepas tu lepak-lepak je kat bilik hotel sampai keesokan harinya.
jana tenaga nak berjalan lagi.
haha.
till then!

0 comments: