Wednesday, July 22, 2015

restoran tursina seafood, tanjung lumpur, kuantan

still on our 3rd day of raya.
petang tu ke tanjung lumpur untuk mencicip snek petang.
pergi warong paksu & maksu; tutup.
pergi mokna; ramai orang hoih.
last-last kitorang decide untuk terus makan malam je la (walaupun belum malam.. hihi).
lalu di sepanjang jalan tanjung lumpur tu, nampak restoran tursina seafood.
dari luar nampak macam menarik.
orang agak ramai jugak.
so let's singgah! xD

husband, before we started eating.

asalnya kitorang ambik meja kat luar.
tapi lepas tu nampak macam nak hujan,
so berpindah ke dalam.
datang sini sebab ada bakar-bakar.
husband kata nak makan ikan, sotong bakar.
nampak diorang tulis situ, 'ikan bakar gajus'.
macam mana agaknya ikan bakar gajus ni.

then kitorang pilih ikan aji-aji seekor, ketam seekor, sotong.
semua bakar kecuali ketam tu masak telur masin.
asalnya ketam tu nak disuruh goreng kunyit je, tapi diorang tak masak.
telur masin pun ok je, ai no hal.

tapi sebab ramai orang, lauk sampai lambat sikit.
tak pe sabar menanti.


ni diaa ketam masak telur masin.

bestlah ketam dia.
dahlah besar, isi banyak. puas hati makan.
memang sy ketuk-ketuk pun ketam tu time pilih. nak isi banyak. lolx
harga RM27 ni seekor, jadi sila bertabah untuk membayar :P




lampu dalam restoran kaler hijau.
so sila tengok gambar-gambar semua dalam ton hijau ye.


kangkung goreng.



sotong bakar dah sampai! :)



begitu juga dengan ikan bakar! yeah!

pes bakar dia memang sedap sangat wehh.
yang ikan bakar gajus tu.
patut pun nampak macam ada kekacang kat pes dia.
rupanya tu gajus hancur.
rasa adalah superb. boleh ulang makan kalau datang kuantan lain kali *bila la agaknya tu* :D
highly recommended. worth a wait.


lauk-pauk keseluruhan. alhamdulillah kenyang.

bagi yang berada di sekitar kuantan dan nak try makan ikan bakar super sedap (dan lain-lain bakar),
boleh cuba di tursina seafood.
ai dah siap tag location, senang nak cari.
tapi kalau tak pun boleh nampak kedai ni di sepanjang jalan tanjung lumpur. satu deret belah-belah mokna.

koordinat tursina seafood :
3.791673, 103.329895

or

3°47'30.0N  103°19'47.6"E

No comments: