Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Thursday, July 23, 2015

the rest of raya trip

hola!
bersiaran lagi kita :D
ni entry sambungan hari raya dari kampung hari tu. lolx

so on the 4th day of raya, kitorang kan stay kuantan 1 malam.
pagi tu hotel ada sediakan breakfast.
so pergi breakfast dulu.

ariana tengah makan potato wedges.

lepas tu siap kemas-kemas beg,
nak gerak ke rumah kawan husband kat kuantan.
dia buat makan-makan.
before that ingat nak cari keropok lekor dulu.
tak dapat yang kat terengganu, beli yang kat kuantan pun boleh. :)

ariana sempat lagi tengok nursery rhymes kat hotel. lolx

then google and GPS.
cari tempat jual keropok lekor yang well-known kat kuantan.
ghani black nama dia. kat area tanjung lumpur. kat pasar basah.

time datang ni tak ramai orang sebab lewat pagi lagi. ada la dalam 4 orang je kot.



snap sekali haha. ariana dah tertidur time ni.



tepi tu ada jual keropok rebus untuk terus dimakan, satar, ketupat and kuih kot.



keropok keping dan keropok segera pun ada kat sini.



tengok tu. selamat dah dia tidur. haha



keropok lekor yang panas-panas baru diangkat dari dapur.



nah papan tanda kedai ghani black. xD

then ke depan sikit.. area tanjung sepat ke apa namanya. lupa pulak kikiki.
tapi ni kat kawasan perumahan baru, tepi kawasan kampung.
dari rumah kawan husband ni boleh terus nampak laut. belakang tu bendang.
what a view.

so kami dijamu dengan kemeriahan laksa penang, laksa kelantan dan nasi dagang.
kenyang betul.
se'eh, kalau dicakap dalam bahasa terengganu :P




memang meriah masak.

lepas tu kitorang gerak balik.
next stop adalah kampung in laws kat banting pulak.
macam biasalah lalu bentong karak semua tu.
jem la sikit, but that's it.
kitorang berhenti-berhenti so tak de la penat sangat.

hambik kau punya jem :P

singgah ke hentian genting sempah, makan durian dulu. hahaha

husband belanja; musang king and d24.
sedap gile hoih. nampak tu isi kuning gileee.




peminat durian.



peminat jugak, makan 4 ulas. lolx



peminat taksub. "yan yan!" 100 kali dia yan yan.

bila durian dah habis, dia nak lagi okeh.
sampai masuk dalam kereta tak lepas pandang kat kedai durian tu.
hailah sabar je la anakku ini. T_Tv

then dalam pukul 8 lebih rasanya, sampai ke banting.
mandi manda rehat-rehat.
diorang kat rumah keluar beraya kejap.
kita nak ikut memang dah tak larat sebab baru sampai.
masak telur goreng kicap je, makan dengan nasi panas. fuhh.

the next day pergi settlekan renew lesen memandu kat JPJ banting.
walaupun super ramai orang, tapi service kat sana laju gile.
ting ting ting nombor giliran berbunyi-bunyi.
akhirnya lesenku siap! haha
terus buat 6 tahun sebab wani e pemalas nak pergi banyak-banyak kali.

then musim panas kan.
kita pergi cari cendol banting pulak. xD


lepak kat kedai cendol. tak ramai orang pun. sebab raya kot.



puas hati dapat makan cendol panas-panas macam ni. nampak tu sengih punya lebar. lolx



nah gambar cendol upclose untuk tatapan korang. kihkih


then the next day tu baliklah kitorang ke putrajaya pada malam harinya.
lepak kejap, kemas rumah. sempat la vakum mop lantai malam tu.
tapau KFC je sebab gas habis. haha

ok tu je kisah trip hari raya.
alhamdulillah sampai dah rumah kan.
tata!!

0 comments: