ada yang dah gerak balik ke kampung ke?
safe journey, korang!!
so today kita recap makan-makan buka puasa hari jumaat lepas kat pullman hotel, putrajaya.
sekali-sekala makan kat hotel kan. kihkih
buka puasa kat sana agak meriah la.
ruang besar, food choice banyak gile, tempat pun lawa.
that was the first time i came to pullman.
sy kalau nak buka puasa kat luar memang sebolehnya nak request meja kat belah tepi, senang nak keluar masuk.
maka dapatlah kitorang meja kat tepi, berdekatan dengan gerai mexico, ikan gergasi dan kambing golek. hahaha
team mates; ariana and isz. kikiki |
disebabkan 'gerai' ni yang paling dekat, kita snap gambar dia dulu. banyak nachos sini. |
the kambing golek yiehha! memang sedap kambing golek dia. |
sy ni bukanlah pemakan kambing golek.
tapi kalau pergi buka puasa tu memang ada rasa sikit-sikit.
time ni ambik belah yang crispy (tak tau la kulit ke apa tu) tapi memang sedap wehhh
ai is kesian tengok chef-chef yang bertungkus-lumus kat gerai-gerai ni.
orang len dah start buka puasa, they all masih bekerja lagi.
yang tukang carve kambing ni sampai berpeluh-peluh dia kerja.
ni lah ikan gergasi yang dimaksudkan! besarnya hoihh muat satu gerai! |
the view of the peeps. time ni belum packed lagi. |
sementara tak packed tu, sy pun snap few gerai yang ada kat sana.
tapi tak semua la, sebab banyak gerainya.
sy pun nak ambik makanan jugak, tak de la snap gambar je memanjang hahaa
banyak sangat hoih juadah dia.
rambang mata, rambang tekak semua ada :'P
tapi tak de la over ambik semua.
kita ambik mana yang fave je.
ariana bariana forever comel. nampak pisau tu. kak yong kawasan. haha |
myself. excuse my zits, they're recovering for raya. bahaha |
meja kitorang. |
clock tower di bahagian luar. lawa ok. tapi gelap dalam ini gambar. |
dia punya pintu masuk. |
konsep dia outdoor sebenarnya.
walaupun yang dalam tu kat bawah bangunan, tapi terbuka. macam porch besar.
cuma tempat dessert je tertutup ada aircond.
lain semua outdoor concept.
my plate of bakar-bakar. |
sedapppp.
udang sotong tak berani repeat sebab jaga muka kihkih
ku tak tau apa nama dia ni tapi ambik kat gerai mexico. crunchy. buat sendiri ni. |
request the chef for this aglio olio. bahan boleh pilih sendiri. sy ambik terung je. |
ni ha ketam bakar repeat hehe |
nasi tak makan pun hari tu.
banyak makan seafood and meat and noodles je.
buah pun makan banyak sebab cuaca panas sekarang ni kan.
ada jugak ketam cili, daging dendeng untuk makan dengan nasi tapi tak ambik dah sebab kenyang.
yang penting kita repeat ketam bakar hoahaha
balik tu dalam pukul 9.30pm kot.
superkenyang dah.
kepenatan pun ye.
nasib baik esoknya dah hari sabtu.
boleh relax-relax.
tu je lah hari makan-makan kami :D
byes!
No comments:
Post a Comment