Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Sunday, July 05, 2015

misi hunting baju raya hari pertama ditutup

macam apa je title kan. bahaha
baju raya hari pertama tu maknanya baju melayu, baju kurung dan seangkatan.
sebab dah masuk raya kedua kang kita pakat-pakat pakai baju kasual je. lolx
dengan cuaca panas yang tak terbendung ni,
laratkah nak pakai meriah-meriah selalu.
time tu rasa pakai tshirt pagoda lah yang paling heaven kot :P

misi hunting baju raya ditutup sebab hari ni dah jumpa baju untuk ariana.
yippediyippedidaa!
tahun ni beli je semua, tak de nak tempah.
pagi tadi pergi PKNS shah alam kejap, pusing satu kali tengok semua gerai.
last-last dapat beli satu untuk ariana. settle!
orang adalah sangat sangat ramai!
ramai yang tahap ko jalan berlaga bahu
or jalan kena berhenti-berhenti sebab tetiba orang kat depan ko berfikir sama ada nak singgah gerai di depan ataupun tak. *keputusan penting tu. haha*
ni dah datang pagi ni.
petang nanti tak tau pulak macam mana crowded dia.
macam biasa, ni harus orang luar shah alam pun turut sama menambah kemeriahan kat PKNS.
sebab biasanya parking basement tu relax je banyak kosong.
tetiba time nak raya ni semua penuh!

walaupun siapalah yang suka bersesak macam tu.
tapi dah terpaksa sebab tak tau mana dah nak cari baju untuk ariana.

now tudung je yang tak ada.
itu nanti-nantilah cari.
kat putrajaya ni berlambak karnival.
yang kat masjid besi tu ada.
or kat kedai tudung affordable kat ayer@8 pun ada.
nak cari printed shawl kot, sebab baju raya sy dah plain.
alah memang banyak design plain pun, sy tak de pilihan.
nak beli yang ada saiz sendiri lepas tu malas nak fikir banyak kan.
tahun ni memang main beli je tak de tapisan halus. kakaka
(harap by the time raya, baju yang dibeli tu masih muat ohokhok tersedak)

kasut raya?
itu zaman kanak-kanak je.
ni masing-masing dah besar ni kita sarung je apa yang ada.
kadang pakai je sandal comfort macam yang scholl punya tu.
design tak semenggah yang penting selesa. kan.
kata nak beraya, nak pi rumah sana sini. kena berjalan jauh.
maka keselesaan diutamakan :P

so tinggal seminggu lebih je lagi kan before cuti raya.
this week memang busylah ada program buka puasa semua.
so nak harung this week then weekend depan nak rehat rehat rehat.
lepas raya dapat bos baru.
yang tu pun tak cerita lagi.
sy dapat staff baru, now nak dapat bos baru pulak.
next time la cerita.
tapi mengesankan jiwa raga kitorang semua staff ni. hadoi.

oryte.
ketemu lagi di lain siaran.
malas nak upload gambar.
so.
baca perkataan-perkataan je la kali ni. haha

babai!!

0 comments: