Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Wednesday, July 08, 2015

the 18th ramadhan

assalamualaikum, everyone.
hai hai!
dah masuk 10 malam terakhir ramadhan dah.
cepatnya masa berlalu kan.
ni baru sempat blogging.

semalam ai is muntah-muntah and cirit-birit.
tak tau la puncanya tu.
tapi lepas balik daripada program buka puasa and moreh (program ofis di KL), makan bubur durian.
esoknya tu before sahur terus muntah balik semua.
then sahur.
after sahur, muntah lagi apa yang dimakan time sahur.
later on pukul 7 pagi cirit-birit pulak.
pakej lengkap.
terus terkelepet daku di situ.
ingatkan lepas muntah dah ok la. and boleh masuk ofis walaupun lewat sikit.
tapi lepas cirit-birit tu terus ke klinik. memang flat walaupun tak sampai tahap dehydrate lagi.
doc bagi MC sehari.
terbaring je la kat rumah sampai waktu berbuka.
betapa tak produktifnya semalam.

then hari ni husband berjangkit pulak loya.
kesian dia.

oleh itu,
ambiklah korang entry tertunggak hari ahad lepas. haha

alah tak de la tunggak mana pun.
entry lauk-pauk berbuka puasa je kikiki


go green! sayur bayam yang dah dipatah-patah.



first trial masak sambal ikan bilis kentang hahah. yang kering. jadilah kiranya. boleh pek bawak pi europe. cheh perasan! :P


few days teringin ketupat daun palas.
akhirnya berjaya beli kat kompleks PKNS shah alam.
walaupun ketupat kat sini tak sama macam kat terengganu (hoh rindunya ketupat terengganu yang kecik-kecik comel harga murah tu!)
tapi kira bolehlah daripada tak de kan :D

jyeahh ketupat daun palas!! ko ada! *sungguh eksen. ekeke*



lauk-pauk berbuka hari ahad yang lalu.

tak makan nasi pun.
lauk tu untuk dimakan bersama ketupat hehe.


rendang ayam, beli kat PKNS jugak.



ikan selar goreng. orang terengganu suka jugak makan ketupat dengan ikan goreng. yum yum!


ketupat tu pulak sy potong and goreng.
just like my tok. hehe
sedap wehh lagi sedap daripada makan biasa-biasa.
lebih crunchy.
lagi pulak makan time panas.
ko makan macam tu je tanpa lauk pun layan.

ketupat deep fried. haha



alangkah crunchynya!



sambal ikan bilis kentang yang digoreng tadi.



sayur bayam masak bening je senang. tak yah tumis-tumis.



ni untuk ariana.. mi hun sup ayam and sayur.

then husband bertugas menyediakan jus minuman.
haha
dia on je buat jus ni. xD
so jus tembikai untuk sy, jus strawberi untuk dia.

nampak kaler sama je kan? tapi lain-lain.



slurppp. dah la taip ni time tengah puasa kan. insaf, wani. insaf!!

semakin lama juadah bersahur and berbuka may be semakin simple.
keinginan nak makan nasi meriah-meriah tu semakin degrade. hahah
harini pun may be berbuka tak makan nasi kot.
dengan condition husband yang loya tak boleh masuk apa di tekaknya tu.
still dia berpuasa jugak macam sy semalam.
(tabahlah, husband!! yu ken du it!!)

tengoklah petang nanti apa kita nak beli. haha
k till then! :)

1 comments:

Bawangputehdotcom says:
at: July 8, 2015 at 5:01 PM said...

wah..ketupat goreng tu macam menarik..nak try lah