Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Thursday, July 02, 2015

gambar makanan saja. haa!

back to our siri photos makanan haha.
ni dari hari ahad lepas punya photos.. sahur dan berbuka.. campur dua-dua.
sebab wani e malas nak asing-asing ikut hari.
jadi kita letak semua satu entry. okeh.
macam biasa! rofl.

nasi kerabu, ikan goreng tepung dan keropok keping.
jumpa nasi kerabu ni di kedai orang klate belakang taska ariana.
so on the way ambik ariana balik, singgah beli dulu.
everyday beli kat sini mudah.
tak perlu sesak-sesak di bazar. hihi

for me nasi kerabu dia boleh tahan sedap.
sebab beberapa percubaan membeli nasi kerabu selama ni kat putrajaya,
tak jumpa lagi yang betul-betul sedap.
at least yang ni ikut tekak kita la.
(yang kat shah alam jugak sedap. HAHA)

tapi yang ni ok.
mencapai citarasaku kikiki
keropok tu goreng sendiri.
sebab keropok yang dia bagi, by the time berbuka puasa tu dah lemau.
nasib baik ada stok keropok keping kat rumah.
nama pun cucu terengganu kan :D *wide smile*


eid lights
haa yang kat atas ni gambar tak de kait-mengait dengan makanan pun.
terselit sekali :P
ni lampu-lampu kat ofis. lampu raya la kiranya haha
cc kitorang sangat rajin pasang lampu.
tu ko belum tengok lampu kat kaunter.
tak snap la pulak gambarnya kan.
kat bilik makan pun nampak ada ketupat-ketupat belum gantung lagi. tunggu masa je tu nak digantung. haha
gelap sebab ni time rehat tengah hari.
ofis kitorang, everytime waktu rehat memang tutup lampu untuk penjimatan.
so jangan nak kata government membazir ye.
kitorang punya la jimat cermat ni tutup lampu.
berbinar agaknya mata budak-budak tu yang buat kerja time rehat, tengok PC dalam gelap. hihi



cendawan goreng bersama bawang dan cili padi.
cendawan goreng as always,
always win!! xD


ketam masak lemak cili api.



sayur bayam goreng.



sums everything up in one photo. xD



ni pulak ayam masak merah untuk sahur.



sup ayam untuk berbuka.

kan biasanya sy membeli je untuk berbuka.
tapi ada time tak penat tu,
kita masaklah jugak.
teringin nak masak. haha


makan dengan telur dadar goreng. sedap woih!



singgang tulang for sahur.

singgang ni dagingnya memang rebus lama.
dapatlah isi daging yang lembut gile untuk dimakan.
*kerja menghabiskan gas dapur je ni HAHA*


ikan bawal masak kicap.



second snap.
punyalah hitam kicapnya hahah
ni masak main agak je ni.
sebab puasa kan, bukannya boleh nak merasa sangat.
kita agak-agak je.
tetiba tau-tau dah jadi hitam gini ahahah.
kuali pun kecik sangat,
susah nak mixkan ikan tu dengan kuah *alasan* :P
tapi tetap sedap. kahkah


sambal sotong.
dan last but not least.. sambal sotong.
first time ni masak sambal sotong.
sebab sy tak makan pun. husband yang request.
ai is tak boleh kalau husband request memang akan buat.
sebab mesti dia teringin tu kan.
tak kisah la sedap ke tak. lolx
tapi dia makan habis. so kita assume sedap je la walaupun first time masak HAHAH
punya la menggoogle sebab nak tau tips masak sambal sotong ni.
kita tak boleh campak je sotong tu dalam kuali sebab akan keluar air sotong yang akan membanjirkan sambal.
so kena rebus seminit dua, angkat letak dalam air sejuk.
if rebus dulu, air sotong tu akan keluar.
then baru masak sambal kat kuali lain and masukkan balik sotong tu.
baru sambal tak berair.
hoo now i know ;)
and kalau nak bagi sambal tu kaler merah cantik, gula jangan lupa letak.
hooo now i know jugak. kahkah noob gile.



sekian je la untuk kali ni.
hari ni berbuka makan nasi kerabu lagi hahaha boleh tak??
sebab husband pun pergi bengkel,
malaslah ai nak bermeriah sangat makannya.
nasi kerabu pun kira cukup meriah la tu.
harga baru RM3.50.
berkhasiat lagi sebab banyak sayur dan ulam ;)

malam karang baru nak goreng nasi dengan ikan semalam yang tak sempat nak goreng untuk sahur tu sebab terlajak tidur hahaa
so esok pagi kita boleh bersahur nasi goreng ikan!
yumyum.

ok ok ni betul-betul sekian :P
kbai!!

0 comments: