Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, December 27, 2016

cuti-cuti krismas : furama hotel, bukit bintang

cuti krismas baru-baru ni kitorang bercuti dalam KL je.
ingat nak bawak budak-budak ni pergi main indoor theme park ke apa kan.
so plan ke bukit bintang,
cari hotel yang dekat-dekat dengan berjaya timesquare.
hotel berjaya timesquare adalah penuh,
so kita ke furama hotel, bukit bintang.
dekatlah jugak dengan timesquare kalau jalan kaki.
5 minit macam tu sampai.

sebelum check in tu kitorang ke wedding kawan husband ai kat area jalan duta.
perjalanan lewat sikit sampai sebab hari cuti kan. KL pun jam.
senang cerita, time cuti ni semua boleh jadi lewat jadual disebabkan kesesakan.
so bertabahlah di situ. dan move on. bahaha

by the time sampai, pengantin dah makan kot macam tu.
tengah tangkap gambar and potong kek.
tapi orang ramai lagi.
yang datang lagi lewat daripada kitorang pun ramai.
jam jugaklah tu agaknya. lolx


selfshot gambar bukti sampai ke wedding. haha

ariana tu sebenarnya ketiduran dari dalam kereta.
panas kan kat luar, so sedaplah tidur.
sampai ke dalam dewan pun nak sambung tidur balik.
anaqi pun tidur jugak, tapi dia dah bangun.

dah lepas-lepas tu baru gerak ke hotel.
around 4 jugaklah baru sampai hotel.
ingatkan sampai tu bolehlah lepak lunjur kaki ke apa.
harapan ajelah sebab receptionist kata bilik tak siap lagi.
dia cakap hari cuti ni full house, jadi lambat sikit diorang siapkan bilik.
lambat sikit? pukul 5 kot baru dapat bilik.
tu pun dapat kat tingkat bawah sikit daripada asal sebab bilik yang kitorang patut dapat tu tak siap lagi.
memang beza la floor dia.
tu pun kitorang ni sampai ke hotel lewat pukul 4pm ye.
supposely kan orang dah check out at 12pm.
kira 5 jam masa diambil untuk settlekan bilik tu dengan alasan full house.
dapatlah complimentary 2 gelas waiting drinks katanya kat cafe tepi lobi bawah tu sementara menunggu.
and memang ramai pun yang tengah menunggu untuk dapat bilik kat lobi.

dear furama hotel, we hope you can improve on the housekeeping service,
especially on peak seasons like christmas or new year.
should expect this full house thingy to come,
since you're in hospitality service and being use to be working on festive seasons.
(i'm so going to post this on agoda)

sabar memanglah sabar.
tapi pukul 5 kot.
kalau bilik siap pukul 3, boleh terima lagi.


tengok tengok, budak tu dah excited bawak pelampung bagai. haha



tak tau anaqi tu dok tengok apa kat bawah :D


sambil menunggu tu,
tengok pokok-pokok krismas daripada bahan-bahan recycle.
yang ini memang kreatif.
you can check em on my facebook.
kudos to the hotel team yang buat ni.

botol kosong dan CDs.



not your usual christmas trees.



ariana duduk tengok orang main hoki kat atas platform ni. hahah


at last, dapatlah jugak biliknya.
ambik executive suite.
kiranya ada ruang tamu, ada bilik.
budak-budak tu sukalah.
masuk-masuk terus main sana sini.
tak sempat nak snap gambar banyak-banyak.. haha. T_T













tv pun ada dua; satu kat luar, satu kat dalam bilik.

makanan minuman dalam minibar pun adalah percuma.
dan ada beberapa privileges jugak kalau dok exec suite;
macam boleh ke exec lounge (tapi kanak-kanak bawah 12 tahun tak boleh masuk), diskaun untuk ala carte menu dan beberapa lagi sy dah tak ingat.

toiletries adalah lawa.

plan nak ke theme park lepas-lepas tu jadinya terus lewat jadual.
aight sambung nanti di next entry!

0 comments: