Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Thursday, December 08, 2016

ackt sibuknyaaaaa (ganda lapan)

hai hai!

update setakat hari ni;
2 minggu yang agak tak menang tangan kat ofis.
ada je kerja nak kena buat.
kelmarin cuti sebab demam, so tak dapat siapkan.
semalam pergi duty parlimen, pun sikiiit je dapat siapkan.
hari ni diselang-seli dengan kerja lain, pun tak siap-siap lagi. AHAHA
i'll try again tomorrow morning :P

the blender is broken,
need to find a new one.
kalau tak, pakai lesung je la kitaaa.

pagi tadi teman bos kecik turun bawah, ke ofis ****.
ada hal kerja nak tanya.
lepas-lepas tu depa sembang la pasal rumah.
sebab my boss baru beli CSR*U unit kat putrajaya kan.
sembang-sembang macam bunyi murah je rumah-rumah ni huaa.
rumah high rise 600k pun bos ofis **** tengah timbang-timbang nak beli sebab dia dah ada rumah landed.
i was like.. whoa. 600k. atas angin kot! mahalnyaaa.
tapi memang ada orang yang appreciate amenities and view.
dan duit apa ada hal.
kalau kita ni nak beli pun punya la berkira-kira.
entah cukup ke tak ni nak belanja lain. kan.
lepas tu bos **** tanya sy dah beli rumah ke.
cakaplah dah, belum siap.
kat mana? kat yadayada.
harga? sekian sekian.
wahh ok tu, murah. katanya. boleh renovate luar lagi sebab kalau rumah putrajaya tak boleh reno sewenang-wenangnya, kata bos **** tersebut.
gelak dalam tangisan ai (dalam hatilah), sebab ada ke duitnya pulak nak reno rumah?? lolx

seriously, kalaulah harga rumah affordable macam dulu,
kalaulah bayaran bulanannya sama lebih kurang macam kami-kami ni bayar duit kuarters (yakni RM450 sebulan saja),
mungkin lebih banyak keperluan lain boleh dibeli,
dan ada lebihan untuk menabung.
sy bercakap ni dari konteks untuk semua orang.
semua orang yang sedang bergelut dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.
kalau tak, takkanlah siang waktu rehat tadi turun ke kafe,
tengok pisang goreng yang selama ni 4 keping seringgit,
dah naik harga jadi 3 keping seringgit??
kegilaan apakah ini?
sebab harga minyak masak naik ke?
esok kang jangan sy turun kafe, tengok harga pisang goreng sekeping 50sen pulak.
mau menangis di bucu dinding pejabat nanti. hahahaa huaaa

ketepikan dulu kisah kos sara hidup.
kan sy ada cerita sebelum ni yang the AAs ada panjat grill rumah sebelum pergi taska pada suatu pagi?
hahha ni lah dia gambarnya.
ada ye gambar. wani e apa je dia tak snap. semua nak snap :'DD


anaqi baru turun time ni lepas kena 'marah' :'D


semalam pulak demam.. dok makan ubat.
jadi macam tak selera nak makan nasi pun.
lapar pun tak terasa sangat.
tapi malam tu ada goreng jugak jemput-jemput pisang buat alas perut.
sy ni noob buat jemput-jemput pisang.
tak pernahnya menjadi.
biasanya lembik habis la.
tapi this time eh eh jadilah pulak.
sedap macam kat umai by the lake punya kahkah terpuji kesedapan jemput-jemput pisang ni pulak :DDD
campurkan pisang lenyek, tepung naik sendiri, tepung gandum, gula perang dengan sikit garam.
sukatan tu rasa-rasa sendiri.
jemputkan dia atas minyak panas.
taraa.. siap!

a bit of crunch di luar, lembut di dalam.


tapinya kena gelak dengan husband la sebab beli pisang berangan.
eh ehh apa salah si pisang berangan?? lolx!

till then!

0 comments: