Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, December 27, 2016

furama hotel, bukit bintang : amenities

banyak jugak kemudahan disediakan kat furama hotel ni.

sebelum tu,
sambung cerita yang lepas check in sebelum ni.
so lepas dah siap-siap dalam pukul 6 lebih tu,
kitorang gerak ke berjaya timesquare. jalan kaki je lah.
sebab katanya kalau naik kereta, kena pusing jauh sikit.
lalu lorong belakang kedai.
selamat, insyaAllah.
sebab kawasan ni ramai orang.
and ramai je yang lalu kawasan lorong tu.

time kitorang nak pergi tu tengah hujan rintik-rintik.
tapi tak ada la renyai sangat.
hujan yang tahap kena pakai payunglah.
nak ikutkan husband, dia nak redah je.
tapi sy x approved, sebab bawak budak-budak kecik.
payung hotel kat concierge pulak semua dah habis sebab peak season kan.
so husband pi ambik payung kejap kat kereta.
anaqi pulak dah tidur time tu, so berdukung along the way sampai ke mall pun dukung jugaklah sebab dah tidur (husband dukung) and kitorang memang tak bawak stroller.

ariana pulak mula-mula tu nak jalan,
tapi lepas tu berdukung jugak tapi tak lama sebab dia berat. kihkih

sampai-sampai sana dah nak dekat maghrib kot.
orang ramai gileeeee.
yang depan main entrance kat starbucks tu pun super ramai.
ada yang duduk tepi tiang la apa. keletihan kot.
yang queue tunggu teksi pulak punyalah panjang.
kitorang naik ke atas kat indoor theme park.
tengok dah pukul 7, anaqi tidur, macam dah lewat sangat nak main.
so cancel plan main kat themepark.
rugilah bayar mahal lepas tu main sekejap, dengan orang ramainya lagi.
harus kena queue tu kalau nak main.
may be next time.
so kitorang pergi makan je la, dengan jalan-jalan tengok baju.
husband kata macam kat kompleks PKNS je, sebab banyak kedai baju. hahaha
sy cakap macam kat sungei wang plaza.
pusat fesyen kan.
tapi memang happeninglah malam tu sebab christmas eve kan.
cumanya boleh jadi pening sebab ramai gile orang.

tak jadi main kat themepark,
balik hotel tu main kat play corner untuk budak-budak tu pun oklah jugak.
free je pun. dan yang penting, tak de orang. lolx

haha anaqi pandang kat rusa tu macam tengah berinteraksi. budak ni memang compassionate sikit.

ariana sukalah dia, boleh lukis-lukis dan main slide.
anaqi pulak dok makan kapur haha.
yelah dia masukkan dalam mulut macam tu.
terus maknya freak out.




dah pandai naik sendiri dan rocking sendiri.






breakfast pun complimentary for two.
so esoknya tu pagi-pagi pukul 8.30 (lepas budak-budak bangun), kitorang pun bergegas ke kafe di tingkat 3.
walaupun kitorang dah turun awal pagi,
tapi memang penuhlah.
nama pun full house kan. bahaha
time tu dok terbayang pengalaman masa pergi port dickson kat ancasa.
dulu tu ofis lama buat family day kat sana.. time cuti sekolah kot.
memang macam tu la packnya tempat makan dia. sampai banyak makanan habis.
yang kat furama ni makanan ada la, dia refill.
tapi kejap-kejap tu pinggan habis, sudu garfu habis.
nak minta omelette pun beratur.
tapi tak kisahlah, sebab dah maklum orang ramai.
yang penting dapat makan.
anaqi makan muffin dok tumpah atas lantai,
laju je pekerja dia datang sapukan lepas tu. great job, memang bagus.

swimming pool pulak terletak bersebelahan dengan kafe.
tang orang ramai-ramai macam tu idok le kite nak pergi mandi. haha
jadi naik bilik dulu, lepak-lepak..
pukul 10.30 kang kita turun.


haha comel je signage bilik air dia. apa tanda 3 segi tu? triage? lolx.



main kat pool kecik je. pool untuk budak-budak.



anaqi menaqi. 

anaqi memang suka main air.
kat rumah pun kalau mandi, kemain seronok.
tak padan dengan senang kena selsemanya.


sy tak masuk pool pun, sebab kehilangan baju kat rumah. so datang teman je bagi moral support. hahah



tak pe, babah ada temankan korang berdua :D



di pinggiran pool aje kita. bahaha



kelakar tengok anaqi, siap bersandar lagi. ariana macam biasa, seronok sangat.. satu taman dengar suara dia :D


dan sebelum balik tu,
sambung main kat play corner kat lobi hotel.
ariana sambung melukis. macam biasa.

hm. tak pasti apakah ini. picasso betul awak ni, ariana. hahaha



kucing tu sy lukis muka dengan telinga je. yang lain ariana sambung.

so far we had a good time in KL on christmas holiday.
cumanya ramai sangat oranglah. kena cope yang tu sebab sendiri nak keluar bercuti on peak season kan.. siapa suruh. hahah

sampai jumpa lagi!

0 comments: