Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, November 17, 2015

tuan anas mikael

jyeah hari ni secara rasmi dah berjaya habiskan (baca) buku tuan anas mikael.
*disclaimer : wani e memang pelambat habiskan baca buku huahaha*
buku ni lama dah beli, time pesta buku pwtc hari tu.
buku baru, tak sangka cepat pulak keluar dramanya kat astro.

sy ni bukan jenis yang semua malay drama nak tengok.
ada yang sy suka tengok, ada yang tak.
so tuan anas mikael ni adalah salah satu yang sy suka tengok.
despite of orang zaman ni dok bising-bising asyik drama lelaki kaya dengan perempuan tak kaya. haha
but what to do, it attracts me dengan zara zya nya yang kelakar bak hang dalam drama.
dengan tarian pelik2 dia tu.
dengan ganas2 dia. haha (ye sy prefer watak perempuan yang sempoi macam tu instead of lemah lembut sopan santun. bahaha)
to be honest, lepas dah tengok episod2 awal tuan anas mikael, baru terbukak hati ni nak menyambung baca bukunya.
kalau tak dok tersekat kat bab 1 aje la! haha

so bila baca buku, dah boleh bayang yang watak ayu maisarah tu is zara zya,
and watak tuan anas mikael tu is aaron aziz.
baru aku feel nak baca.. boleh? lolx!

then tengok penerbit pulak ziela jalil..
which sy terperasan yang kebanyakan drama under ziela jalil banyak cerita yang best2.
gambar pun lawa (sy suka drama yang gambar sharp and crisp!), interior apa semua pun lawa. a pleasing to the eyes.




ceritanya tentang cik ayu maisarah (CAM) yang disuruh kerja sebagai tukang cuci kat rumah tuan anas mikael dengan gaji 10k sebab dia ada buat salah dengan tuan anas. kira sebagai hukumanlah tu.
asalnya mak kepada CAM ni yang kerja dengan tuan anas, now digantikan oleh CAM.
daripada kerja tukang cuci, tuan anas mikael (TAM) ni bagi macam2 task suruh CAM buat. belajar masak la, memandu la, macam-macam test dia kena.
rupanya untuk siapkan CAM as project manager di krabi.
(tapi plan sebenar, nak siapkan dia as bakal isteri untuk diperkenalkan kat mom TAM.. kalau tak, TAM kena kahwin dengan cik safra yang tah apa-apa tu. tapi CAM tak tau pun pasal plan yang ini).
CAM ni selalu cakap tuan dia ni kekwat, jarang senyum dll.
anddd CAM ni bukanlah watak tipikal perempuan tak kaya yang dipairkan dengan lelaki kaya.
dia ni keturunan kaya jugak sebenarnya tau.
nak tau bolehlah tengok cerita or beli buku TAM ni.
yang penting dalam buku, happy ending.
ai is suka happy ending.
cerita sedih ko bagi ke orang lain tengok. sy tak suka cerita sedih2. haha

yang sangat comel adalah password dua2 orang ini;
"kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok."
wah, so comel!
dah lama tak berperasaan lovey dovey macam ni sebab recently sy asyik dok tengok cerita thriller dengan horror je time mengandungkan anaqi kakaka. (memang fave pun cerita thriller)

so once in a while keluar pulak cerita sweet lovey dovey kat tv yang mengikut citarasa diri sendiri,
apa lagi kan. tengoklah. haha


dua orang ini yang sangat comelness! (bukan rupa comel tapi relationship diorang yang comel. rupa masing-masing lawa dan handsome, tak dapat dipertikaikan lagi :D)

so yeah.
bolehlah bergembira sebab dah tau penghujung cerita dalam buku.
dramanya tak la 100% sebijik dalam buku, tapi plot dia is going there.

kepada yang menonton,
selamat menonton ya! :)

0 comments: