Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, November 10, 2015

taking care of danial anaqi

hey, peeps! bertemu lagi. ahax

sebelum kelewatan, would like to wish happy deepavali to those who' celebrating.
biasanya time-time deepa ni banyak tamil movies best. :D
tapi saban tahun macam makin berkurang celebration. ada movie pun kat astro je la. tv2 ada la sikit.

today dah masuk hari ke-12 confinement.
so far so good. family were taking a good care of me.
mom's the most la.
husband pun ada, he's being very helpful with the laundries, mandikan anaqi and bangun pepagi buta bila dikejutkan oleh sy. haha
but i'm a bit geram with his superior yang dok nak menghantar dia kursus sini sana walaupun tau dia baru dapat baby. not being selfish here, but bos punn. understanding la sikit.
husband told me asyik dia je kena pergi and selalu kena hantar pi kursus/meeting yang tak de kena-mengena.
and today yang public holiday ni pun, dia balik putrajaya kejap tu nak siapkan kerja.
kesian kat dia la dok ulang-alik putrajaya-shah alam.
rabu-jumaat ada kursus kat PD. sabtu onwards for a week or two kot, dia kena bertugas for this ASEAN thingy. busy banget tu.

good thing i can slowly manage myself and anaqi.
at least kederat tu dah ada la kalau my mom and husband go to work and tak de orang sangat kat rumah. (abah and my bros ada kat rumah biasanya, tapi tak de la diorang nak mandikan anaqi segala kan haha)


si nyenyak tidur.

being a baby, anaqi sleeps most of the time.
ehh tapi tak jugak.
kalau dah bangun tu memang terkebil and melilau mata dia lolx.
ambik masa before he sleeps back, tapi bila dah tidur, memang lama and nyenyak.

i don't have any fuss taking care of anaqi.
dia sorang baby yang sangat mudah. i mean, seriously!
tali pusat dah tertanggal on day 4; lebih mudah uruskan tukar pampers semua.
berkhatan hari tu pun dah sembuh minggu ni; dia langsung tak meragam sakit ke apa.
he seldom cry, walaupun malam-malam rutin dia bangun around 12midnight then dalam pukul 4-5pagi bangun jugak kejap, tak de menangis apa. just bangun minum, tukar pampers, lepas tu kebil-kebil. kendong dia kejap, lepas tu tertidur balik.
dia cuma tak suka dibedung je. free and easy. lebih suka tangan terkeluar macam tu haha
kalau you bedung dia, memang dia akan struggle sedaya upaya nak keluarkan tangan dia.
quite much of joy to watch sebab cute sangat. ahahaa


sleeps like a king. ikut suka dia tangan nak terkeluar ke apa.

anaqi kadang suka buat sy terkejut.
contohnya dia bersin kuat gila ok. macam orang tua! hahaha
ada sekali tu dia berak dalam pampers bunyi crettt dia kuat gile, i seriously was in shocked macam dengar bunyi letupan ke apa! *cries and laugh at the same time*
cuma kalau nak dengar dia menangis, try la letak dia dalam air.
time mandi. jyeahhhh.
aku-syak-dia-anti-air. haha
but sometimes dia diam pulak time mandi. ikut suka dia je.
but one thing, kadang dia akan creett time kita dah bersih-bersihkan and tukar pampers dia.
ada sekali tu i changed his diapers for four times! sebab setiap kali tukar baru, tetiba dia berak lagi. haiyo.
kencing tetiba jangan cakap la.
dah few times kena basuh towel and changing mat sebab dia kencing tak sempat kita nak pakaikan pampers dia :'DDD
now sy lebih hati-hati and laju-laju pakaikan anaqi pampers. apa-apa hal pakaikan pampers dia dulu kalau tak nak kebocoran! haha


awwww adik-beladik dua olang ini.

ariana so far was being nice to anaqi.
tak de kejadian tepuk muka adik macam dalam facebook tu ye. haha
biasanya ariana akan usap-usap or kiss kepala adik dia.
lepas tu dia sambung buat kerja dia sendiri.


kadang tak sempat nak entertain budak ni. but i try my best kalau sempat. lolx

nasib baik ada uncles+auntie dia. and nenek atuk.
diorang la yang rajin melayan ariana.
kalau sy nak melayan dia 24-7 memang tak sempat.
if babah dia ada, babah dia pun jagakan jugak si ariana bariana ni.
nasib ada ramai orang dalam rumah ni yang boleh tolong-tolong.
you guys rock!


sesaja snap gambar ootd (outfit of the day) anaqi hari tu.

pasal confinement,
kebanyakan kawan-kawan akan larang sy tengok gambar makanan yang diorang post kat fb.
lahhh kenapa pulak. takut sy terliur la tu haha
no worries sy ok je makan lauk berpantang ni.
setakat ni masih teguh iman la.
walaupun sy ni bukanlah stok yang berdisiplin sangat; makan VCO pun kadang-kadang missed, pakai krim muka pun kekadang malas..
tapi time berpantang sy memang jaga makan ok.
at least for 44 days memang tak kan makan segala bala benda yang tak boleh dimakan.

but yesterday ai dah start makan daging yaww.
*tepukan kemenangan HAHAHA*
kalau tak, seminggu ni mengadap ikan tenggiri aje. haha *sedap apa ikan tenggiri!*
semalam dapat makan sup daging.
hari ni sup ayam kampung pulak.
oh syorga sungguh rasanya dapat makan something different :P
sebab luka pun dah ok, so dapatlah kita makan daging semua ni.
alhamdulillah~

sup daging yang dimakan semalam.

this time sayur-mayur pun memang sy makan banyak gile.
portion sayur memang super banyak.
buah pun sy makan sangat sangat banyak.
ntah apsal memang nak makan buah aje.
eloklah makan serat-serat supaya tak de constipation.
this time cerita ke toilet tak de la sescary dulu lolx.


hari ni pulak dapat makan sup ayam kampung. menangis kegembiraan seperti mendapat oscar.

ok tu je nak mengarang hari ni.
karangan katanya sebab panjang berjela hahaha (anaqi tidur boleh laaa) :PP

selamat bercuti kepada semua!
tata!

0 comments: