Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Thursday, November 12, 2015

tired wired

hari yang super duper memenatkan.
mesti "aih mengadanya dia ni, apa yang penat? duduk rumah je pun."
memang duduk kat rumah je, tapi seriously penatttttt ok.
since bangun pagi sampai ke petang macam tak de gap untuk rehat betul-betul.
kena ambik maid philippine la macam ni bahaha
ended up terkelepek petang tadi. tu pun nasib sempat la tidur dalam sejam lebih.
lepas tu macam down jugak la sebab penat sangat.

may be start-start awal hari dah lambat breakfast,
hajat di hati nak breakfast awal semua.
tapi anaqi bangun awal than usual. mandikan semua.
lepas tu ariana pulak bangun. melayan dia nak itu ini.
tak masuk nak kena breastpump selang dua jam ke camne, kalau biar je tak pump sakitnya hoih tak pun leaking, bertambah stress pasal tu je.
then pukul 10 sempat la breakfast sambil tengok repeat 'tuan anas mikael' kejap.

pukul 11 lebih dah masak bubur, bagi ariana makan.
then sendiri dapat makan on the afternoon.
ariana sepahkan bedak kat ruang tamu. habis bersalji ruang tamu tu haha
nasib baik faliq ada tolong vacuum afterwards.
anaqi berak tu biasa la. harini time nak tukar tu, kencing lepas, terkena towel comforter semua *faint* :'DDD

petang ariana kenapa ntah buat bising dalam bilik.
anaqi dah la tengah tidur.
sebelum tu ariana dah tidur, tapi check-check dia berak.
suruh jugak dia bangun, mandi sekali.
lepas mandi tu dia buat bising.
kita kata jangan bising, dia bising lagi. habis kena marah.
menangis-nangis dia, dah pujuk pun makin kuat menangis.
haiyo. mama dah la penat sangat ni woihhh
dah lepas tu buatkan dia susu, tidur sampai petang.
then dengar cretttttt anaqi berak. lolx
nampak dia dah bangun, around 4.30 mandikan dia.
bagi minum susu semua, dia tidur balik baaaaaaru la mak you ni dapat rehat. haha
nasib baik la anaqi bukan jenis banyak ragam.

banyak gambar dia tengah tidur je.
sebab time dia jaga, mana sempat nak snap gambar kan lolx

gambar hari ni. bawak dia turun ke ruang tamu. ai is baru sempat nak makan time ni.



ni ariana lepas mandi petang tu. tengah makan oren sambil tengok minions.



ni gambar anaqi latest. kejut bangun langsung tak bangun. tidur pengsan sambil tekup telinga pasang 'headphone'.. lolx

alamak anaqi dah bangun pulak hahahaha
sambung nanti la.
mujur bangun kan. nanti midnight tidur nyenyak sikit ye, anakku :D

later!

0 comments: